Masyarakat Islam Malaysia perlu perspektif global, kata ahli akademik

Masyarakat Islam tempatan umumnya lebih terdedah kepada sekolah pemikiran Asian Barat dan tidak terbiasa dengan pemikiran cendekiawan dari Eropah, Amerika, Australia, Afrika Selatan dan bahagian tertentu dunia Arab.

SERI KEMBANGAN: Dua ahli akademik menggesa orang Islam tempatan berfikiran lebih terbuka bagi membolehkan mereka mendapat pengetahuan daripada pengamalan Islam di tempat lain di dunia.

Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) Mohd Daud Bakar dan bekas rektor universiti sama Mohd Kamal Hassan memberitahu FMT bahawa mereka percaya banyak yang boleh dipelajari oleh masyarakat Islam tempatan daripada cendekiawan asing.

Kamal berkata, orang Islam tempatan umumnya lebih terdedah kepada sekolah pemikiran Asian Barat dan tidak terbiasa dengan pemikiran cendekiawan dari Eropah, Amerika, Australia, Afrika Selatan dan bahagian tertentu dunia Arab.

Katanya walaupun masyarakat Islam tempatan umumnya mengikuti mazhab Shafi’i, namun mereka harus juga membiasakan diri dengan pemikiran mazhab lain.

Daud berkata, tidak ramai orang Islam tempatan yang terdedah kepada kepelbagaian cara Islam disampaikan di bahagian lain di dunia.

“Saya banyak mengembara dan mendapati bahawa setiap lokaliti mendekati Islam menurut caranya sendiri,” kata nya.

Mohd Kamal Hassan.

Beliau mengakui perbezaan pandangan merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, selain menyebut bahawa sikap toleransi adalah faktor utama dalam menghadapi perbezaan itu.

Daud bercakap tentang adab perbezaan pendapat yang terkenal dalam kalangan cendekiawan Islam lampau.

Bagaimanapun beliau menolak sikap toleransi terhadap perkara yang boleh menggugat keamanan negara.

Berhubung kontroversi terbaru melibatkan penceramah warga India, Dr Zakir Naik, Daud berkata, pendakwah asing harus terus dibenarkan di negara ini sejauh mana mereka bersikap cermat untuk tidak menyinggung sensitiviti masyarakat.

Kamal bersetuju dengan Daud dengan berkata, penceramah asing perlu menyedari had yang ditetapkan oleh undang-undang.

“Jika mereka boleh mematuhi kehendak undang-undang dan Jabatan Imigresen, saya fikir ia bukan satu isu.”