Promosi Merdeka hanya serendah 62 sen semangkuk!

Pho Street, sebuah restoran berkonsepkan makanan Vietnam, kini boleh didapati dalam negara.

Sempena sambutan kemerdekaan ke-62, sebuah restoran berkonsepkan hidangan pelbagai makanan “Street Food” Vietnam, Pho Street menawarkan promosi hebat untuk anda mencuba.

Dan salah satu menu hanya berharga 62 sen di seluruh 6 cawangan mereka.

“Pho Beef Combination” dimana harga asalnya ialah RM19.90 ditawarkan mengikut ulangtahun kemerdekaan ke-62 hanya pada 8 September bermula 11.30 pagi sehingga 1.30 tengahari.

Menariknya menu ini yang turut dikenali sebagai “Beef Noodle” mengambil masa 8 jam hanya untuk menghasilkan air rebusan daging istimewa.

Pho Beef Combination antara makanan ‘signature’ di Pho Street.

Mee berasnya pula khas dari Vietnam dan disediakan bersama daging (beef shank, beef tendons, beef slice, beef tendons), bebola daging (buatan sendiri) dan perut lembu.

Malah ia dihidangkan dalam saiz mangkuk yang besar!

Bermula dari 9 Sepetember sehingga 16 September 2019 pula, harga semangkuk Pho Beef Combination diberikan diskaun RM6.20 daripada harga asal.

Tawaran ini anda hanya boleh perolehi di restoran Pho Street yang tampil dengan elemen deko umpama berada di jalanan negara Vietnam.

Mengambil konsep dan rekaan budaya Vietnam sebagai tarikan pengunjung ke Pho Street.

Konsep dan dekorasi restoran tersebut klasik dan autentik, bertepatan dengan budaya yang ada di Vietnam.

Sementara pencahayaan pula adalah sederhana menjadikan ruangnya lebih luas dan cantik.

Pho Street merupakan sebuah restoran yang bukan sekadar popular, tetapi juga mesra muslim.

Cara pembuatannya berbeza, perlu menggunakan air rebusan daging selama 8 jam.

Bahan mentahnya juga daripada pembekal yang mendapat pengesahan sijil halal, jadi anda tidak perlu bimbang dan ragu-ragu!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]