Teknik posing bergambar supaya dapat banyak ‘like’

Untuk menjadikan gambar itu menarik, ia memerlukan teknik yang betul supaya hasilnya menarik.

Seperti gambar beberapa Instafamous, mereka akan memuatnaik gambar paling cantik dan akan mendapat jumlah “like” yang banyak serta komen yang tinggi.

Bukan sahaja wanita, lelaki juga kini rajin melaram dan mengambil gambar untuk dijadikan tontonan kepada “followers” mereka.

Terdapat beberapa teknik anda perlu ketahui untuk mendapat hasil yang sama seperti Instafamous lain :

1. Sudut baik

Antara faktor utama untuk nampak lebih mengancam dalam gambar ialah dengan mengambilnya pada sudut yang baik.

Sebagai contoh jika anda ingin kelihatan lebih tinggi ambillah dari sudut bawah.

Anda dan tukang ambil gambar haruslah sentiasa berkomunikasi dengan baik juga.

2. Faktor cahaya

Pada masa kini kamera telefon pintar sudah menghampiri kualiti kamera digital yang berharga mahal.

Jadi masalah pengcahayaan itu tidak lagi menjadi masalah sebenarnya.

Namun jika anda tidak menggunakan teknik pengcahayaan dengan baik pasti gambar tidak akan nampak menarik.

Sebagai contoh elakkan ambil gambar membelakangkan sumber cahaya seperti sinaran matahari.

3. Latar belakang

Selain latar belakang popular anda juga boleh menggunakan latar belakang kemas yang bercorak, bergeometri dan berwarna-warni.

Sebab itulah ramai yang pergi melancong sama ada dalam atau luar negara semata-mata ingin mengambil gambar yang unik.

4. Guna prop

Selain itu anda juga boleh meningkatkan keunikan foto dengan menggunakan prop.

Penggunaaan prop membuatkan foto nampak lebih menarik.

Antara prop penting ialah makanan, hiasan meja, beg tangan juga boleh dijadikan prop dalam foto “Outfit Of The Day”(OOTD) anda.

Tetapi janganlah pula anda guna objek sensitif seperti minuman keras, rokok dan barang-barang berbahaya dilarang undang-undang!

5. Tiru majalah

Jika anda tiada idea untuk “posing”, usah gundah-gulana.

Ambil idea yang ditonjolkan dalam majalah fesyen atau gaya hidup yang anda suka.

Tiru sahaja “pose” yang diketengahkan dalam ruangan fesyen atau personaliti.

Pasti anda sendiri nampak “pose” macam model!

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]