Angelina Jolie jadi perhatian hantar anak ke universiti di Korea Selatan

Salah seorang anak angkat Angelina Jolie dan Brad Pitt, Maddox Jolie Pitt menjadi perbualan umum apabila diterima menyambung pelajaran di sebuah universiti di Korea Selatan.

Angelina kemudiannya bertindak menghantar sendiri Maddox di Universiti Yonsei, Seoul apabila anaknya itu mengambil jurusan Biokimia.

Ternyata kemunculan pelakon itu ke universiti berkenaan menjadi perhatian umum, apatah lagi Angelina tampil dengan gaya yang cukup ringkas.

Pada masa sama, Angelina juga kelihatan cukup bangga melihat anak angkatnya yang berasal dari Kemboja itu sudah bergelar seorang mahasiswa.

“Saya pulang hari ini, hari di mana saya menghantarkannya ke kampus ini. Ya, saya tahu saya berusaha untuk tidak menangis,” ucapnya kepada pekerja, pensyarah dan mahasiswa di sana.

Dengan mata yang berkaca, ucapan pelakon tersebut membuat orang-orang di sekelilingnya turut berasa terharu.

Sumber: KopiPlanet.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]