Kafe berkonsep 80-an di Publika tampil menu dengan harga berbaloi

Bertempat di Publika, kafe Mona antara lokasi yang menghidangkan makanan dan minuman murah berbanding kafe lain.

Mencari makanan murah dan berpatutan sesuai dengan konsep dalam pusat membeli-belah mewah seperti di Publika bukan perkara mudah.

Ia bukan lagi mustahil apabila ada usahawan yang sanggup mengambil risiko untuk membuka kafe yang menawarkan harga yang berbaloi disamping hidangan yang menyelerakan.

Berkonsepkan “Malayan Retro Bar”, ia menampilkan kelainan dengan gabungan keunikan pemilihan konsep zaman 80-an.
Menggunakan peralatan lama, menjadi tumpuan para pengunjung.

Kafe yang menggamit kenangan zaman 80-an ini dihiasi potret Chitra Dewi, satu-satunya wanita berjaya sebagai pengarah di Indonesia sebelum 1998 dan menjadi inspirasi pada Akmyr Ahmad Azwan.

Pengurus Mona, Akmyr Ahmad Azwan berkata nama Mona dipilih sebagai salah satu karakter yang ada dalam filem Jibril.

Digandingkan dengan konsep hiasan “Malayan Retro Bar”, Akmyr ingin menempah nama dalam dunia perniagaan seperti Chitra Dewi dalam bidang lakonan. Mona merupakan restoran keduanya selepas Jibril.

Tetap menjadi makanan “signature” di Jibril dan Mona, Salted Egg Butter Chicken.

Seperti Jibril, Mona juga mempunyai makanan “signature” tersendiri, iaitu ikan salmon panggang dengan kombinasi garing dan “juicy”, sos lada hitam dan sedikit rasa masam lemon, salad, kentang lecek dan tomato segar, membuatkan semua rasanya lengkap dalam satu hidangan.

Grilled Salmon antara menu yang ada di Mona sahaja, popular dalam kalangan pengunjung.

Ternyata keenakan Grilled Salmon Kafe Mona tidak dapat ditandingi pada harga RM35.90.

Spaghetti Marinara antara menu barat yang turut menjadi pilihan.

Spaghetti makanan laut bersama sos marinana pula lebih ringkas namun akan membuat anda teruja untuk merasainya. Hanya RM18.90, ia sangat berbaloi dengan kuantiti sotong, udang dan kupang di tengah-tengah hidangan dan sos tomato yang pekat.

Pizza Beef Pepperoni penuh dengan keju, anda akan berasa kenyang hanya pada beberapa kepingan sahaja.

Pizza pepperoni daging lembu pula menampilkan kepingan yang begitu lembut dan disaluti keju pasti membuatkan setiap gigitan puas. Pada harga RM19.90, pizza saiz besar ini boleh dikongsi bersama rakan-rakan dan keluarga.

Seperti di Jibril, minuman Potter turut menjadi minuman “signature” di sini dan ia menjadi “kegilaan” ramai kerana rasanya yang sungguh unik.

Begitu juga Blended Iced Chocolate yang menjadi tumpuan kerana pada harga RM10.90, anda pasti berpuas hati dengan rasanya yang “creamy” dan krim vanilla diatasnya.

Minuman yang turut popular, Lychee Pink Lemonade dan Ice Chocolate.

Anda juga tidak harus melepaskan peluang merasai Lychee Pink Lemonade, kerana manis laici digabungkan dengan rasa masam kepingan lemon yang diselit di tepi cawan memberi kelainan dari segi rasa. Hanya RM14.90.

Kopi Latte turut menjadi pilihan bagi penggemar kopi.

Rasai juga hidangan minuman panas, “hot latte” yang anda boleh nikmati pada harga RM8.90.

Berita baik bagi pembaca FMT OhSem, kafe Mona menawarkan 2 baucar bernilai RM50 untuk 2 pemenang bertuah.

Anda hanya perlu layari laman sosial Facebook FMT Ohsem atau di laman sosial Instagram dan jawab soalan disediakan.

1. Apakah makanan “signature” Mona?

2. Apa konsep yang diketengahkan di kafe Mona?

3. Mona yang terletak di pusat beli-belah mewah mempunyai tarikannya tersendiri kerana…..

MONA
D3-G3-8,
No. 1, Jalan Dutamas 1,
Solaris Dutamas,
50480 Kuala Lumpur

No Tel: 011-10993308
Waktu operasi: Dibuka setiap hari 9 pagi hingga 11 malam

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]