Bukan wanita sahaja, lelaki juga boleh jadi jutawan dengan ‘mobile spa’

Kebanyakan wanita tidak menjadikan kerjaya mereka sebagai sumber pendapatan tetap.

Malah bagi mereka yang mempunyai semangat ingin menambah pendapatan akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang “extra” ini.

Dan bagi wanita keluarga satu keutamaan, meskipun suami yang bertanggungjawab menjaga segala keperluan namun dalam dunia serba moden ini tanggungjawab itu ditanggung bersama bagi memastikan kewangan yang stabil untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Sebagai jalan alternatif, ramai yang memutuskan untuk menjana pendapatan lebih daripada apa yang mereka perolehi sebelum ini dan salah satu perniagaan menjadi trending ialah “mobile Spa” yang menawarkan perkhidmatan servis rawatan muka dan spa dari rumah ke rumah.

Ia lebih mudah bagi menjana pendapatan dengan waktu kerja yang lebih fleksibel.

Bagi Pengasas Beauty And Glam, Sheeda Hatashi, sehingga kini beliau telah melahirkan 2 jutawan “beautypreneur” serta mempunyai 10,000 “Mobile Spa” seluruh Malaysia termasuk Singapura, Brunei dan Indonesia hasil latihan yang diberikannya sejak 2008.

Bukan setakat spa dan rawatan muka, peluang ini juga terbuka kepada semua aspek kecantikan termasuk “make-up” dan penggayaan hijab.

“Saya pernah merasa pendapatan bulan RM50,000 sebulan dan juga pernah merasa kejatuhan RM200 sahaja yang ada. Namun dengan semangat yang ada saya bangkit balik dan mengajak semua untuk bersama mencantikkan diri dan menjaga kesihatan dengan lebih sempurna,” katanya kepada FMT.

Trend “Mobile Spa” ini juga katanya bukan sahaja tertumpu kepada golongan wanita, malah lelaki juga kini mulai menjaga keperibadian untuk menjadi lebih maskulin dan metroseksual.

Malah ada yang berpendapat dengan rawatan di rumah lebih selesa dan tidak perlu bersusah payah meredah kesesakan jalan raya atau mencari parking.

Dan bagi mereka yang merasakan ia satu peluang menarik untuk menjana pendapatan lebih, bolehlah menyertai seminar Beauty And Glam pada 7 September ini di Grand Premier Hall, Plaza Jelutong, Shah Alam.

Seminar ini merangkumi cara “make-up” yang betul bersama jurusolek terkenal, Nuex Rosli, cara menggayakan hijab yang mudah dan cantik, serta peluang perniagaan untuk membuat “mobile spa” dari Elysyle.

Kesemua ini anda boleh perolehinya dengan harga tiket serendah RM199 yang akan bermula 11 pagi sehingga 6 petang.

Manakala makan malam bertema 60an pula akan bermula 8 malam dengan menampilkan artis seperti Coddy Maembong, Zulin Aziz dan Nizam Rahman.

Bagi mereka yang berminat boleh hubungi 012-3104638/ 0147349659.

Dan bagi pembaca FMT yang menyertai seminar ini akan mendapat satu sesi rawatan muka Korean V Shape bernilai RM100.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]