Siapa lebih berhak naik lif netizen atau OKU?

Pengangkutan awam menjadi platform kebanyakan masyarakat untuk pergi ke mana-mana destinasi.

Secara asasnya ia mempunyai peraturan tertentu yang perlu dipatuhi semua pihak.

Peraturan tersebut termasuklah memberi keutamaan kepada warga tua dan ibu mengandung.

Namun apa yang berlaku baru-baru ini, sikap mementingkan diri sesetengah pihak menjadi bualan netizen apabila Orang Kurang Upaya (OKU) yang beratur di belakang ingin menaiki lif tanpa mendapat hak yang sepatutnya.

Di dalam gambar tersebut, lebih dari 10 orang biasa sedang menunggu giliran untuk masuk ke dalam lif tanpa menghiraukan seorang lelaki yang duduk di atas kerusi roda.

Dekat lif itu juga terdapat simbol orang duduk di atas kerusi roda, menunjukkan ia perlu diberi keutamaan kepada golongan tersebut.

Namun papan tanda itu dilihat hanya sekadar “hiasan” dan tidak membawa sebarang maksud.

Perkara ini turut dikongsi myrapidkl sendiri dalam laman sosial Instagramnya, dan mendapat lebih 800 “like” dan berpuluh komen daripada netizen.

Dalam posting itu, pihak myrapidkl berkata “Sometimes, it’s good to look around. Takkan lari lif dikejar laju-laju sangat, nak pergi mana?”.

Pihaknya turut berterima kasih kepada seorang pengguna pengangkutan awam, Yen Shah yang berkongsi gambar dengan mereka.

Oleh itu, anda seharusnya peka dengan keadaan sekeliling dimana terdapat orang yang lebih memerlukan untuk menggunakan kemudahan tersebut.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]