Wajah anak-anak Beckham curi perhatian ramai

Pemain bola sepak England, David Beckham amat dikenali dan menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu kerana mempunyai paras rupa yang kacak.

Bukan sahaja terkenal kerana menyarungkan jersi bernombor 7 setiap kali perlawanan malah keluarga Beckham juga amat dikenali dan sering menjadi ikutan orang ramai.

Berkahwin dengan bintang pop terkenal Victoria Beckham pada tahun 1999, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata iaitu Brooklyn, Romeo, Cruz dan Harper.

Bukan sahaja populariti David dan Victoria melonjak, malah anak-anak mereka turut menjadi perhatian media dari seluruh dunia.

Mari kita lihat wajah terkini anak-anak Beckham dan Victoria.

1. Brooklyn Beckham

Anak sulung kepada pasangan ini dan kini berusia 20 tahun, Brooklyn lebih menggemari dunia fotografi dan kerapkali menjadi tumpuan media apabila soal percintaan. Memiliki wajah yang seiras dengan ayahnya, Brooklyn juga pernah menjadi model bagi majalah terkenal dunia.

2. Romeo Beckham

Anak kedua bagi pasangan Beckham, Romeo yang kini berusia 16 tahun mempunyai iras si ibunya, Victoria. Romeo dilihat lebih menggemari aktiviti suka seperti tenis berbanding bola sepak.

3. Cruz Beckham

Anak ketiga kepada pasangan Beckham ini kini sudah berusia 14 tahun. Apa yang menariknya, Cruz mempunyai kelebihan yang sedikit berbeza dari kedua-dua abangnya kerana Cruz pandai menyanyi dan lebih comel.

4. Harper Beckham

Selepas mempunyai 3 orang anak lelaki, Beckham juga mempunyai hasrat untuk mempunyai anak perempuan dan hajatnya menjadi kenyataan apabila dikurniakan anak perempuan bernama Harper. Harper yang kini berusia 8 tahun menjadi anak kesayangan malah Beckham juga pernah bergurau dengan media jika sesiapa mahu menawan hati Harper, perlulah berhadapan dengannya dahulu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]