Ketahui teknik lelaki menjadi kacak walaupun kurang tampan

Lelaki kurang kacak kebiasaannya tidak mempunyai keyakinan diri dan selalu tertekan.

Namun masih ada lagi cara untuk menampakkan anda sebagai seorang lelaki kacak dan mempunyai gaya tersendiri melalui penampilan.

Meskipun anda kurang tampan berbanding rakan yang lain, anda tidak seharusnya menjadi negatif kerana terdapat cara yang boleh anda lakukan untuk turut kelihatan kacak dan tampan.

1. Rapikan rambut

Perkara pertama yang perlu anda buat adalah merapikan rambut.

Boleh guna gel atau minyak rambut dan sisirlah rambut anda agar kelihatan kemas.

Jika memiliki rambut kerinting, pakai pewangi yang khusus untuk rambut agar ia kelihatan menarik dan wangi.

2. Pakai baju ikut saiz badan

Muka tak hensem tetapi ada badan yang sedap?

Apa susah, elakkan daripada pakai baju dan seluar yang longgar.

Cuba beralih kepada fesyen yang lebih fit. Kalau tak ada bajet, bawa sahaja pakaian anda ke kedai jahit untuk alter.

3. Sembur minyak wangi

Apabila berjalan di tempat umum, anda digalakkan untuk sembur sedikit minyak wangi pada tubuh anda.

Bayangkan apabila anda berada dalam lif dan ada wanita tergoda dengan haruman itu, bukankan anda sudah menjadi sasaran dia?

Cuma kena usaha untuk jadi lebih gentleman!

4. Gosok dan jaga gigi

Mulut adalah aset yang penting buat lelaki apabila hendak bercakap dengan orang terutamanya gadis.

Mereka akan melihat gigi anda. Adakah berkerak dengan plak gigi atau bersih dan berbau harum.

Anda boleh mengunyah “chewing gum” untuk kekalkan kesegaran mulut anda.

5. Tingkatkan daya komunikasi

Jangan biarkan rupa paras anda mempengaruhi daya komunikasi anda.

Banyakkan membaca dan bergaul dengan orang ramai untuk mendapat seberapa banyak ilmu.

Dari itu, anda dapat berkongsi semula pengetahuan yang anda miliki dengan cara yang lebih stail untuk membangkitkan keterujaan sesiapa sahaja yang mendengarnya.

6. Ambil aura mereka yang hensem

Belajar tiru gaya mereka.

Bagaimana mereka ambil gambar, posing dan berinteraksi.

Ada kalanya wanita tidak kisah sangat pasal rupa. Asalkan anda mampu buat dia rasa dihargai dan dia adalah satu-satunya pun, anda sudah kelihatan sangat kacak di matanya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]