Jangan pakai baju, seluar ketat bahaya untuk kesihatan

Wanita mempunyai pelbagai ragam dan minat.

Ada yang suka memakai baju longgar malah tidak kurang juga yang suka pakai baju ketat bagi menampakkan susuk tubuh.

Tapi tahukah anda memakai baju ketat boleh memudaratkan kesihatan.

Menurut pakar nutrisi dan pengurusan berat badan di Boston Medical Centre, korset yang ketat boleh menolak perut di luar diafragma, menyebabkan refluks dan mengganggu pernafasan, dan ia boleh merosakkan tulang rusuk.

Keadaan ini menyebabkan tekanan pada bahagian tengah anda, yang menghadkan aliran darah dan oksigen ke organ penting anda.

Difahamkan beberapa kajian melaporkan bahawa tekanan yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada tubuh.

Kebiasaan pakaian ketat dapat menekan sistem limfatik (saluran limfatik), sistem saluran darah, organ dalam tubuh, otot, tisu penghubung lain, dan saraf tertentu.

Ini sememangnya boleh menjejaskan keadaan kesihatan anda, dari peredaran udara, masalah perut, atau masalah kulit.

Berikut adalah bahaya yang mungkin anda hadapi apabila memakai pakaian yang ketat.

1. Mengganggu Kesihatan Perut

Menurut kajian pada tahun 2017 terdapat kesan buruk dari penggunaan tali pinggang untuk mengetatkan seluar melawan esofagus manusia.

Penggunaan tali pinggang yang terlalu ketat boleh menyebabkan esofagitis (keradangan esofagus).

Esofagus ialah sejenis organ dalam vertebrat yang terdiri daripada tiub berotot yang dilalui oleh makanan dari farinks ke perut.

2. Penyakit Meralgia Paresthetica

Meralgia paresthetica adalah keadaan apabila terdapat tekanan oleh tisu sekeliling pada saraf Lateral Femoral Cutaneous (LFCN).

Saraf ini bertindak sebagai penerima rangsangan deria pada permukaan paha luar, sehingga apabila menerima tekanan yang berlebihan akan menimbulkan rasa sakit atau terbakar.

Umumnya keadaan ini disebabkan oleh penggunaan skinny jeans yang menyebabkan kawasan paha memberi tekanan.

3. Nyeri Pada Anggota Badan

Pakaian ketat dan saiz yang salah (terlalu kecil) boleh menjadi buruk untuk kesihatan anda.

Sebagai contoh, apabila anda menggunakan saiz bra yang salah, sama ada ia terlalu longgar atau ketat, berat payudara anda tidak dapat disokong sepenuhnya oleh bra.

Keadaan ini meningkatkan risiko sakit di punggung, bahu dan leher.

4. Gejala Lain

Bila anda mengalami beberapa tanda bahaya akibat menggunakan pakaian ketat seperti di bawah, sila berjumpa dengan doktor pakar agar tidak memudaratkan kesihatan.

  • Sakit perut semasa memakai skinny jeans
  • Mengalami masalah pencernaan
  • Ruam pada kulit
  • Sakit kepala akibat gangguan pada leher kerana penggunaan bra ketat
  • Punggung anda sakit dan nyeri

Jika anda berterusan mengalami seperti keadaan di atas, kurangkan pemakaian ketat secara berperingkat.

Ingat nak cantik kena berpada-pada, jangan sampai tidak ambil peduli tentang kesihatan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]