Sauna mampu melepaskan tekanan selain sihatkan badan

Terdapat pelbagai cara untuk menyihatkan badan dan salah satunya ialah dengan bersauna.

Umumnya ia bukan sahaja menyihatkan tetapi ia juga mempunya khasiat yang sebenarnya ramai yang tidak tahu.

Ia menggunakan bahan atau herba-herba semulajadi, ini bermakna anda mendapat wap sauna daripada khasiat herba tersebut.

Ketika anda bersauna, ia akan membuatkan anda sedikit berpeluh dan panas, namun banyak kebaikan yang anda akan nikmati.

1. Membantu menyingkir stress

Ramai penggemar sauna mengakui ia membantu mengurangkan stress.

Suasananya yang hangat dan sunyi tanpa gangguan ideal untuk kamu cari ketenangan.

Kehangatan sauna juga mampu merelakskan otot tubuh, melancarkan peredaran darah dan merangsang pengeluaran endorfin iaitu hormon gembira dari tubuh.

2. Melegakan otot dan sendi

Ketika tubuh merembeskan endorfin, hormon tersebut juga mengurangkan sakit otot dan lenguh-lenguh setelah bersenam atau bersukan.

Kala suhu tubuh naik di sauna, peredaran darah akan semakin lancar dan tubuh akan pulih dengan pantas.

3. Menyingkir toksin dari tubuh

Kamu jarang bersenam dan banyak habiskan masa “indoor”?

Selain bersenam, anda juga boleh keluarkan peluh secara efektif dengan bersauna.

Menurut pelbagai kajian, “deep sweating” di dalam sauna dapat mengurangkan tahap toksin yang masuk ke dalam sistem tubuh menerusi aktiviti seharian.

4. Membersihkan kulit

Mandi wap panas adalah salah satu rutin kecantikan paling tradisional untuk membersihkan kulit.

Saat tubuh berpeluh, sel kulit mati akan diganti dan bakteria akan keluar dari lapisan epidermis dan pori-pori, menjadikan kulit lebih lembut dan bersih.

5. Menbantu tidur lebih nyenyak

Kajian membuktikan bersauna dapat memberikan tidur yang lebih nyenyak.

Setelah hormon endorfin dan suhu tubuh naik di dalam sauna, tubuh anda akan memasuki tahap relaks.

Perasaan tenang itulah yang membuatkan anda tidur nyenyak.

6. Membakar kalori

Menurut kajian pasukan perubatan U.S. Army, dalam satu sesi sauna, anda mampu menyingkir sebanyak 300 kalori!

Disebabkan aktiviti jantung menjadi laju dan memerlukan oksigen, tubuh anda akan menukar kalori menjadi tenaga untuk digunakan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]