Hotel Equatorial buat penampilan baru lebih ‘stylish’

Kampachi kembali dengan menu omakase.

Jika nama Blue Moon, Sabayon, Kampachi, Nipah dan Etoile berjaya membawa kembali kenangan lalu jadi anda sangat beruntung kerana anda bakal merasai situasi indah itu sekali lagi.

Ini kerana Bottega Lounge akan tampil dengan lebih besar dan bergaya malah lebih menggoda, hasil kolobrasi dengan jenama mewah Bottega dari Itali dan Sky51 dan seluruh bilik tersebut hanya

didedikasikan untuk santapan, minuman, koktel dengan pemandangan yang menakjubkan.

Sabayon lounge yang diberi nafas baru pula direka khas untuk mereka yang mahukan masakan “Continental” dengan hanya berbumbungkan awan biru dan bulan.

Inilah kisah penambahbaikan yang dilakukan di Hotel Equatorial atau kini lebih dikenali sebagai EQ yang lebih merangkumi perkhidmatan dan hospitaliti yang lebih baik.

Hotel Equatorial Kuala Lumpur mula dibuka pada tahun 1973 dan pembinaan semula bangunan baru bermula pada tahun 2012.

7 tahun masa yang diambil untuk membina semula dan melakukan penjenamaan selepas melakukan kajian mengikut spesifikasi dan kehendak pasaran masa kini.

Kos pembangunan semula ini mencecah lebih RM1 bilion turut mengetengahkan konsep dan rekaan dalam hotel yang menampilkan keaslian dan kecantikan Asia.

Sentuhan moden seperti lebih luas, tinggi, siling matahari terbenam diapit oleh tingkap kaca besar memberi anda suasana yang cerah dan merasa lapang.

Manakala penggunaan konsep kayu, gangsa dan tekstur kulit memberikan suasana yang mesra kepada pelanggan.

Pereka tempatan Gillian Hung diberi tanggungjawab dalam mghasilkan inspirasi untuk pakaian seragam pekerja di EQ.

Selain daripada itu, EQ juga telah dianugerahkan akreditasi Bangunan Indeks Hijau sejurus selepas pembukaannya semula.

Ia diberikan berdasarkan hiasan bangunan itu dipenuhi dengan mozek unik jalur besi pada kaca yang berfungsi sebagai elemen “penuaian” tenaga.

Bilik Premier memelihara tenaga seperti semua bilik lain.

Hotel ini juga menerapkan konsep kitar semula air untuk kegunaan seperti siram pokok dan mencuci kawasan sekitar dan pada masa yang sama memelihara tenaga dengan cahaya matahari semulajadi di semua bilik dan serta bilik mesyuarat.

Dan yang paling membanggakan ialah EQ hotel yang pertama menggunakan teknologi penyejuk magnetik baru yang sangat canggih.

Walaupun mempunyai 440 bilik, namun setakat ini EQ hanya membuka 200 bilik sebagai salah satu cara untuk mengawal dan memelihara keunikan hotel tersebut.

Ketika pelancaran pembukaan semula hotel ini pada awal Mac tahun ini, mereka telah menerima pengiktirafan 5 bintang hanya 2 bulan selepas itu iaitu pada Mei.

Anda mempunyai pelbagai pilihan untuk mengadakan aktiviti di EQ termasuklah persidangan dan mesyuarat korporat, dan salah satu tarikan utama ialah ballroom berbentuk berlian dua tingkat yang diilhami oleh dewan opera yang terkenal di dunia.

Selain itu, EQ juga mempunyai tarikan lain seperti kolam infiniti berbentuk pokok frangipani, yang mampu memberikan kepuasan tidak terhingga yang terletak di tingkat 29.

Seluruh tingkat 29 didedikasi khas untuk kesegaran dan kesihatan.

Seluruh tingkat ini yang digelar “Sanctum Wellness”, didedikasikan untuk kesejahteraan, kecergasan, gimnasium dan spa dengan kolam infiniti sedalam 25 meter dan sauna garam Himalaya.

Nadi EQ pastinya terletak di “coffee house” Nipah yang menyajikan bufet ekspres untuk makan tengah hari yang turut memaparkan ketuhar batu bagi menghasilkan pizza mengikut pesanan.

EQ yang terkenal dengan Mee kari hasil resepi khas Chef Azhar iaitu salah seorang perintis chef hotel turut dikekalkan dalam menu.

‘Coffee house’ Nipah coffee house nadi kepada EQ.

Satu lagi menu klasik kegemaran orang ramai, nasi ayam daripada chef Pak Hamid turut ditawarkan di Nipah.

Uniknya menu ini, pembekal ayam yang sama masih dikekal sejak hotel EQ dibuka pada tahun 1973.

Stesen makanan laut yang disajikan diatas ais merupakan satu hidangan yang ditunggu-tunggu oleh pengunjung.

Chef “of the day” akan menanti anda dengan pisau dan sarung tangan logam bagi membantu menyediakan makanan laut khas untuk pengunjung.

Penampilan rekaan dalam Diamond ballroom adalah yang terbaik.

Selepas makan tengah hari, anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk merasai sendiri keenakan pencuci mulut “signature” EQ, strawberry cheesecake yang penuh berkrim dan lazat.

Restoran EQ telah direka khas untuk menyerlahkan personalitinya tersendiri dan di Nipah anda boleh mengharapkan makanan pan-Asia sepanjang hari manakala di Etoile lebih kepada konsep “street kafe” dimana anda “ambil dan pergi” makanan mengikut pilihan anda.

Dan yang terbaik sudah tentulah, restoran Jepun Kampachi yang memenangi anugerah dengan

Menu Omakase yang menganggumkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]