Tempat anda boleh kunjungi waktu malam sekitar KL

Mungkin selama ini anda tercari-cari dimana tempat yang boleh dituju pada waktu malam sekitar Kuala Lumpur.

Mencari tempat yang boleh melepaskan tekanan, tempat untuk bersembang bersama rakan, tempat untuk berhibur dan penuh dengan aktiviti.

Terdapat beberapa tempat yang anda boleh kunjungi tidak kira pelancong dalam atau luar negara.

1. Changkat Bukit Bintang

Jalan ini sememangnya akan meriah pada waktu malam, kawasannya berada di sebelah kanan Bukit Bintang, mempunyai pelbagai bar, restoran dan popular dengan makanan barat dan juga tempatan.

2. Jalan Bukit Bintang

Bukit Bintang antara jalan yang sibuk, meriah dan warna warni dengan aktiviti tidak kira siang atau malam.

Di hujung jalan tersebut terdapat beberapa restoran murah dan kafe shisha, sesuai untuk pelancongan dari Timur Tengah dan anda akan melalui wanita yang ramai mengajak anda datang ke pusat urut di sepanjang kaki lima ke setiap restoran yang ada.

Di hadapan Plaza Low Yat pula, terdapat bar dan restoran yang meriah pada waktu-waktu tertentu.

Berjalan terus pula ke Jalan Sultan Ismail berhampiran dengan Lot 10, Jalan Bintang (Bintang Walk) merupakan tempat membeli belah untuk para pengunjung, berhampiran pula dengan Pavilion.

3. Jalan P Ramlee

Hampir dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC), jalan ini mempunyai kemeriahan yang tersendiri memenuhi pelbagai citarasa pengunjung tempatan dan luar negara.

4. Petaling Street (Chinatown)

Petaling Street merupakan gerai di tepi jalan yang dibuka sehingga lewat pagi dan boleh membuat tawaran harga yang paling murah demi kepuasan pelancong.

Terdapat juga restoran di sekeliling kawasan tersebut anda boleh mencubanya.

5. Bangsar

Bangsar mengandungi kedai, bar, kelab dan restoran.

Pusat Beli-belah Bangsar yang berdekatan juga mempunyai beberapa kedai malam.

Kawasan ini popular dalam kalangan komuniti golongan kaya.

6. Sunway Pyramid

Mempunyai keunikan tersendiri di waktu siang dengan taman tema air, pada waktu malam pula pastinya anda boleh mengunjungi pusat membeli belah dan tempat makan yang menarik di sekitarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]