‘Tiada siapa sempurna’, Putera Harry pertahan tindakannya naik jet peribadi

Putera Harry mempertahankan tindakannya menggunakan jet peribadi untuk pergi bercuti ketika menyokong kempen alam sekitar.

Bagaimanapun Harry mengakui tiada siapa sempurna.

Dia turut mengecam pengkritik yang menuduh dia bersikap hipokrit kerana mendidik orang ramai mengenai isu perubahan iklim.

Duke of Sussex, 34, dan isterinya, Meghan, 38, dikecam hebat selepas menggunakan pesawat peribadi sepanjang tempoh 11 hari pada musim panas lalu.

Harry memberi penjelasan berhubung kontroversi itu dengan berkata dia menghabiskan “99% hidupnya” menaiki pesawat komersial.

Namun dia menegaskan dia kadang-kadang perlu menaiki pesawat peribadi untuk memastikan keselamatan keluarganya.

Sumber: Dailystar.co.uk

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]