Apa perlu dilakukan untuk dapat balik wang jika ditipu laman web tempahan?

Media sosial mempunyai kuasa yang besar dalam dunia hari ini.

Ia mempunyai rangkaian yang besar dalam memberi kemudahan kepada semua masyarakat.

Tidak kira dalam mahupun luar negara, anda boleh sahaja membuat tempahan bila-bila masa menggunakan kad debit atau kad kredit anda.

Kebiasaannya setiap kali tempahan dibuat, anda perlu membuat pembayaran terlebih dahulu sebagai pengesahan.

Namun apa anda perlu lakukan jika suatu tempahan itu telah dibuat, tetapi tidak mendapat servis daripada tempahan tersebut?

1. Hubungi nombor telefon laman web tertera

Segera hubungi nombor telefon laman web yang anda gunakan untuk membuat aduan secara terus, anda perlu bertindak secepat mungkin dan ikut arahan seterusnya daripada pusat khidmat pelanggan.

2. Email aduan anda

Jika anda tidak dapat bercakap dengan pusat khidmat pelanggan, hantarkan aduan anda kepada melalui email dan nyatakan butiran tentang tempahan anda serta apa masalah yang berlaku.

3. Tunggu respon

Sebaik sahaja pihak laman web itu memberi respon kepada anda, mereka akan meminta segala butiran dan bukti pembayaran anda untuk dikembalikan semula wang yang telah dibayar.

Ingat! Jangan buang segala bukti pembayaran jika anda masih belum mendapatkan servis daripada tempahan yang dibuat.

4. Masa untuk dapat kembali hak anda!

Kebiasaannya, mereka akan mengembalikan wang anda dengan mengambil tempoh seminggu tempoh bekerja.

Sabar dan tunggu pembayaran dibuat, nikmati tawaran lain yang lebih hebat untuk anda miliki.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]