Putihkan siku dan lutut hanya dalam 2 minggu dengan modal rendah

Kulit hitam di bahagian siku dan lutut sering menjadi masalah khususnya golongan wanita kerana memang dilihat tidak cantik.

Hakikatnya ia memang sukar untuk dihilangkan meskipun pelbagai produk telah digunakan.

Walaupun ia boleh ditutup dengan pakaian menutup siku dan lutut namun kaedah penyelesaian itu bersifat sementara.

Namun , ia masih boleh dihilangkan dengan penggunaan bahan semulajadi dalam memberi tona warna rata kepada dua bahagian tersebut.

1. Lemon

Buah ini bukan sahaja digunakan untuk memasak tetapi juga sangat baik untuk merawat masalah kulit.

Caranya mudah, potong lemon kepada dua bahagian dan gosok ke siku dan lutut selama 10 minit.

Cuci dengan air bersih dan ulang kaedah ini selama dua minggu untuk melihat kesannya.

2. Campuran lemon, madu, dan serbuk penaik

Masih menggunakan lemon tetapi kali ini perah jus lemon dan dicampur dengan madu dan serbuk penaik. Biarkan campuran itu sebati selama 10 minit sebelum di sapu ke bahagian berkaitan.

3. Timun

Timun bukan sahaja membuka selera ketika makan tetapi bermanfaat bagi merawat masalah kulit.

Seperti lemon, potong timun dan gosokkan pada lutut dan siku selama 5 ke 10 minit.

Biarkan ia mengering seketika sebeulum dibilas dengan air bersih. Sebaiknya lakukan proses ini setiap hari.

4. Kunyit

Selain timun dan lemon, serbuk kunyit juga sangat baik bagi memperbaiki masalah kulit kusam.

Hanya campurkan kunyit dengan sedikit susu tepung dan air sebelum disapukan ke bahagian siku dan lutut.

Biarkan ia kering sebelum dicuci menggunakan air suam.

5. Aloe Vera

Biasanya aloe vera akan digunakan untuk melembutkan rambut tetapi sebenarnya ia juga boleh digunakan pada kulit.

Campurkan aloe vera dengan susu, sapukan pada siku dan lutut.

Paling baik biarkan semalaman sebelum dicuci dan sapukan bahan pelembap seperti losyen aloe vera untuk mendapatkan kesan terbaik.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]