Gara-gara malas cuci solekan mata dipenuhi pijat hidup

Tiada apa yang lebih memuaskan selain mencuci wajah dengan pantas setibanya di rumah setelah seharian wajah dipenuhi solekan.

Tetapi ada sesetengah orang mencuci solekan di mata terlalu kasar.

Dan sekiranya anda tidak mencuci solekan mata dengan cara yang betul, ia boleh menyebabkan rekahan dan akibat yang teruk pada keliling kulit mata.

Inilah yang berlaku terhadap seorang wanita berusia 32 tahun dari wilayah Hubei ,China, apabila dia mengalami gatal mata dan kering malah bulu matanya luruh dalam tempoh 6 bulan.

Menurut laporan Oriental Daily, wanita berkenaan yang mula bimbang pergi berjumpa doktor dan mendapati terdapat pijat yang hidup di bulu matanya.

Menurut Helath Line, pijat ini dikenali sebagai Demodex, dan mereka memakan sel-sel kulit mati di folikel rambut anda.

Semua orang mempunyai hama ini cuma ia dalam jumlah yang kecil, tetapi mereka akan berdepan masalah apabila ia membiak dalam kuantiti yang besar hingga menyebabkan masalah kulit lebih teruk.

Doktor yang merawat wanita tersebut melakukan ujian dengan lebih terperinci dengan meneliti bulu mata wanita itu di bawah mikroskop dan mendapati banyak pijat merangkak di akar bulu mata di mana kelenjar meibomian itu.

Selepas disoal beberapa kali mendapati pijat itu membiak ekoran tekanan tempat kerja dan jadual kerja tidak teratur hingga menyebabkan wanita itu tidak membersihkan solekannya dengan betul.

Ia juga punca utama sejumlah besar pijat itu membiak di bulu mata.

“Tidak hairanlah, dalam tempoh enam bulan yang lalu, mata saya selalu terasa kering dan gatal, dan saya sering mengalami bulu mata,” kata wanita itu.

Doktor kemudiannya menasihatkannya untuk membersihkan semua solekannya setiap kali dia memakainya untuk mengurangkan pembiakan pijat itu.

Dan jika ia tidak dirawat dengan segera keadaan mungkin akan menjadi semakin buruk malah akan mengambil masa yang lama untuk pulih.

Selain itu, akibat daripada solekan juga boleh menyebabkan kepada jangkitan beberapa penyakit mata seperti blepharitis dan konjunktivitis.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]