Suntik ketiak mampu kurangkan peluh pada badan

Ramai tidak tahu suntikan ketiak sebenarnya mampu mengurangkan seseorang itu daripada berpeluh dengan kuat.

Namun kaedah ini tidak popular di Malaysia kerana ia jarang berlaku di negara kita, namun 3% populasi masyarakat Amerika Syarikat menghidapi penyakit kuat berpeluh ini yang juga dikenali sebagai Hiperhidrosis.

Ia berlaku apabila sistem saraf “sympathetic” terlalu aktif menyebabkan berlakunya pengeluaran peluh berlebihan terutama di tapak tangan, ketiak, muka atau tapak kaki tidak kira sama ada dalam keadaan sejuk mahupun panas.

Punca sebenar sehingga kini masih tidak diketahui, namun ramai yang membiarkannya selagi keadaan masih lagi terkawal.

Ini kerana ada yang langsung tidak mengetahui ia adalah satu penyakit dan beranggapan itu masalah biasa yang terjadi kepada sesiapa sahaja.

Bagi isteri kepada penyanyi R&B John Legend, Chrissy Teigen turut mengambil suntikan di bahagian ketiak bagi menangani masalah tersebut.

Katanya, dia melakukan suntikan di bahagian itu bukan untuk menegangkan bahagian kulit ketiaknya yang berlipat tetapi bagi mengelak masalah berpeluh.

Menurut ibu bapa selebriti itu lagi, ia merupakan rawatan terbaik yang pernah dilakukannya.

Chrissy memberitahu dia gembira dengan hasil rawatan itu selain tidak lagi berasa takut untuk memakai pakaian nipis seperti sutera atau tanpa lengan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi?
Sila email ke [email protected]