Klorin merbahaya, tolong cuci rambut selepas berenang

Aktiviti berenang adalah antara aktiviti yang digemari semua orang dan biasa terutama ketika bercuti di pusat peranginan bersama keluarga.

Namun tahukah anda merendam rambut dalam air kolam renang boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan anda meskipun memakai serkup renang.

Ini kerana dalam air kolam renang terkandung klorin dan bahan kimia lain dan disarankan anda mencuci rambut menggunakan syampu selepas melakukan aktiviti tersebut.

Ia adalah perkara terbaik untuk dilakukan bagi membersihkan saki-baki bahan-bahan itu tadi daripada melekat di kulit kepala anda.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan masalah kulit kepala malah akan membuatkan rambut anda kelihatan kering jika tidak dicuci menggunakan syampu dan air bersih.

Bagi yang menjadikan aktiviti berenang sebagai rutin harian, anda disarankan untuk membeli syampu khas bagi menghilangkan klorin pada rambut selain ia mampu menjaga kulit kepala dan memberi kelembapan.

Selain menggunakan pelembab rambut, boleh juga cuba menggantikan dengan masker rambut yang mempunyai kandungan kelembapan lebih tinggi.

Selepas mencuci rambut juga adalah lebih baik jika biarkan ia kering sendiri tanpa mengelap kasar rambut anda.

Sumber: Tempo

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]