Memalukan… Warga asing pula kutip sampah dalam Malaysia

Bercakap tentang sampah, cuba anda fikir sejauh mana kesedaran sivik dalam diri anda untuk tidak membuang sampah di merata tempat?

Atau, pernahkah anda menegur apabila terlihat orang yang buang sampah bukan pada tempatnya?

Secara asasnya, membuang sampah ini memerlukan kesedaran yang tinggi dalam diri demi kepentingan diri dan masyarakat sekeliling.

Ia bertujuan untuk mengelak daripada sebarang penyakit berjangkit yang mungkin berlaku serta pencemaran alam sekitar.

Dalam hal ini, negara lain mempunyai kesedaran sivik yang lebih daripada rakyat Malaysia sendiri.

Ia seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang baru-baru ini, pelancong luar negara telah mengutip semua sampah di taman permainan sehingga kawasan itu menjadi bersih.

Perkara itu tersebar di laman sosial dan ramai yang memuji tindakan suami isteri beserta anaknya yang mempunyai tahap kesedaran sivik yang tinggi.

Dalam masa yang sama netizen turut mencemuh tindakan rakyat Malaysia yang mengabaikan aspek kebersihan.

Gambar sampah yang dikumpul dalam plastik hitam dirakamkan bersama keluarga tersebut dengan mengharapkan kesedaran sivik daripada rakyat Malaysia.

“Kami baru sahaja membersihkan taman permainan di Malaysia dengan mengambil masa beberapa jam, dan ini adalah sampah yang kami kumpul dalam masa yang singkat. Jangan biarkan #trashtag mematikan kita” katanya.

#trashtag kini menjadi trend yang bermula dari Twitter untuk meningkatkan kesedaran tentang kebersihan persekitaran.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]