5 tanda anda perlu beli kasut baru

Pastinya setiap orang mempunyai lebih daripada sepasang kasut, namun ada yang lebih suka memakai hanya kasut kegemarannya sahaja.

Malah, boleh dikatakan setiap hari hanya memakai sepasang kasut sahaja tanpa bertukar ganti.

Akibatnya kasut kegemaran itu akan lebih cepat hancur dan membuatkan kaki anda sakit.

Terdapat lima tanda yang menunjukkan anda perlu menukar kasut baru :

1. Kaki terasa sakit

Jika kaki tiba-tiba sakit, boleh jadi kasut adalah puncanya.

Walaupun kerosakan tidak nampak secara jelas, material atau teknologi keselamatannya mungkin telah rosak dan tidak mampu memberi sokongan atau perlindungan yang sepatutnya. Ia adalah masalah tersembunyi.

2. Tapak mulai terpisah

Jika tapak lekang atau terpisah daripada bahagian atas kasut, sudah tibalah masa untuk anda membeli sepasang kasut baharu.

Ini kerana, walaupun jurang atau lubang pemisahannya kecil, air atau serpihan masih boleh masuk ke dalam kasut dan menyebabkan sakit kaki, malah akan menimbulkan lebih banyak masalah kepada kaki anda dan kasut itu sendiri.

3. Tapak dan tumit haus

Bagi mereka yang mengalami “over pronate”, bahagian tapak serta tumit kasut boleh haus atau menjadi nipis lebih cepat.

“Over pronate” bermaksud posisi kaki yang menapak dimulakan dengan menggunakan tumit, kemudian bahagian tepi luar kaki, kemudian ke hujung kaki bahagian luar.

4. Jari kaki melecet

Tanda lain yang disebutkan juga adalah ketika kawasan jari kaki pada kasut mulai rosak. Perlahan-lahan kawasan jari akan haus dan tidak memberikan keselesaan pada kaki, khususnya jari-jari.

5. Timbul bau

Ketika anda dapat menghidu bau tidak sedap pada kasut anda, ia adalah masa yang sesuai untuk membeli yang baru.

Walaupun banyak kasut pada masa ini menggabungkan lapisan anti-mikro yang membantu mencegah bakteria tumbuh di dalam kasut, bau masih mampu terbentuk.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]