KFC China perkenal menu ‘unik’ gandingan nuget dengan durian

Sebut sahaja durian, pasti ramai yang membayangkan kelazatan rasanya dengan warna kuning keemasan pastinya membangkit selera setiap penggemarnya.

Manakala hidangan nuget ayam panas pula pastinya membuat ramai kecur liur.

Tetapi bagaimana pula rasa sekiranya nuget ayam dan durian digabungkan?

Untuk pengetahuan anda, KFC telah melancarkan “Durian Chicken Nuggets” di China pada 2 September lalu dengan harga 11.50 yuan atau RM6.76 sahaja untuk empat ketul nuget ayam.

Jika dilihat secara luaran, nuget tersebut kelihatan biasa sahaja tetapi isinya penuh dengan rasa keenakan durian.

Rata-rata warganet dari China mengatakan walaupun pada awalnya mereka agak “skeptikal”, tetapi sangkaan mereka berubah selepas merasai keenakan nuget tersebut yang ternyata sangat sedap.

Malah, ada yang mengatakan rasa durian dan nuget tersebut seimbang serta ada yang mengatakan kombinasi rasa nuget dan durian ini amat “awesome” dan membuka deria rasa mereka.

Berikutan penularan menu baharu KFC di China ini, ia mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Terdapat rakyat Malaysia yang ingin KFC Malaysia untuk membawa masuk menu ini ke cawangan KFC di Malaysia.

Siapa tahu KFC akan mempertimbangkan untuk melancarkan menu tersebut ke pasaran Malaysia pula.

Sumber: thevocket.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]