Rasai penginapan ‘hipster’ dalam bandar bersejarah

Trend “boutique hotel” ataupun dalam Bahasa Melayu, hotel butik semakin mendapat perhatian orang ramai yang gemarkan konsep percutian singkat, terutamanya dalam negara sendiri.

Hotel butik merupakan sebuah hotel yang kecil, mempunyai dari 10 hingga 100 buah bilik dan setiap bilik mempunyai konsep unik dan tema tersendiri yang sangat cantik dan memikat hati para pengunjung.

Biliknya tidaklah terlalu besar, tetapi dekorasi yang disediakan di dalam bilik tersebut, sangat memuaskan hati dan menenangkan jiwa setelah penat bekerja seharian.

Mudah untuk digambarkan, konsep hotel butik ini bukan sekadar “menjual” tempat penginapan, tetapi mereka lebih kepada “menjual” nilai-nilai, gaya hidup dan perasaan yang dapat dirasai oleh para pengunjung di hotelnya.

Tambahan pula generasi zaman moden sekarang yang sentiasa ingin “update” tentang percutian mereka di media sosial, maka hotel-hotel butik inilah yang menjadi pilihan hati sebagai tempat percutian hujung minggu.

Bukan sekadar pengunjung boleh merasa gembira, tenang, relaks dan dapat memanjakan diri, tetapi juga boleh berkongsi gambar yang cantik bersama rakan-rakan di sosial media.

Lokasi hotel M Boutique Ipoh

Terletak di Jalan Hala Datuk, tidak jauh dari pusat bandar Ipoh, hotel M Boutique menjadikan pengaruh zaman kolonial Malaysia dan dekorasi urban moden sebagai tema utama hotel mereka.

Ini bermakna kesemua reka bentuk dan hiasan di dalam hotel M Boutique Ipoh ini hasil gabungan dua zaman iaitu zaman bersejarah terdahulu, tetapi dikemaskan dengan sentuhan kontemporari moden sekarang.

Para penggemar seni fotografi dan peminat dekorasi hipster pasti akan suka dan teruja untuk berkunjung ke sini.

Boleh dikatakan, setiap sudut hotel adalah tempat “Outfit Of The Day” (OOTD) dan “instagram-worthy”.

Jenis bilik

Hotel M Boutique Ipoh mempunyai 93 bilik kesemuanya, tiga tingkat yang mempunyai tema berlainan dan lima jenis bilik untuk dipilih.

Uniknya, setiap tingkat mempunyai tema tertentu, dilengkapi dengan perabot unik menghiasi di dalam dan di luar bilik.

Tingkat satu bertemakan “The Adventure Theme”, tingkat dua pula bertemakan “The Majestic Theme”, manakala tingkat tiga bertemakan “The Excelsior Theme”.

Dekorasi bilik dihiasi dengan susunan batu-bata yang klasik dan juga panel kayu yang hipster, sementara dinding bilik pula dipenuhi dengan bingkai-bingkai gambar dan nombor.

Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan untuk pengunjung:

1. Living Area

Selain dari ruang yang sangat luas dan selesa di tingkat lobi hotel, terdapat juga ruang tamu di tingkat satu.

Turut disediakan rak buku dan surat khabar di situ, jadi pengunjung bolehlah bersantai melakukan aktiviti membaca dan bersosial bersama teman yang lain di situ.

Terdapat wifi percuma dan dua set komputer di ruang tamu tingkat satu.

Jadi kalau ada kerja yang perlu disiapkan, anda tidak perlu risau lagi.

2. Gim

Berhadapan ruang tamu di tingkat satu, terdapat bilik gim untuk aktiviti senaman sekeluarga.

Dilengkapi dengan peralatan senaman asas, dan seluruh gym dihiasi cermin gergasi, para pengunjung tetap boleh aktifkan gaya hidup yang sihat walaupun sedang bercuti!

3. Dobi layan diri

Buat para ibu yang membawa anak kecil, atau sesiapa sahaja yang terlupa untuk membawa pakaian ekstra semasa bercuti, jangan risau kerana hotel M Boutique menyediakan mesin basuh layan diri di tingkat satu.

sabun membasuh dan pelembut pakaian turut disediakan.

Sementara menunggu pakaian siap dicuci, anda boleh bersantai menunggu di ruang tamu.

4. Restoran dan kafe

Kebiasaannya pihak hotel hanya menyediakan restoran hotel tetapi di M Boutique Ipoh, mereka menyediakan dua tempat makan yang hebat di tingkat lobi mereka, iaitu Old Time White Coffee Grand dan Myth Eatery & Bar.

Apa yang menariknya para pengunjung yang menempah bilik bersama sarapan, bebas memilih untuk makan di mana-mana daripada dua restoran ini.

Kesimpulannya anda tidak akan menyesal berkunjung ke Ipoh dengan memilih M Boutique sebagai tempat penginapan anda.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]