Nantikan pelancaran iPhone 11 di Youtube buat julung kali 1 pagi esok

Bagi peminat tegar iPhone atau peranti iOS pasti ini satu berita yang menggembirakan apabila iPhone 11 bakal dilancarkan.

Dan buat pertama kali ia disiarkan secara langsung di Youtube esok, 11 Sept

Dengan memilih untuk menyiarkannya di Youtube ia sudah pasti akan memudahkan lebih ramai menonton dan mengikuti pelancaran berkenaan secara langsung.

Ia berbeza dengan apa yang dilakukan Apple sebelum-sebelum ini.

Dulu, ia hanya ditawarkan siaran melalui peranti iOS atau Mac tetapi kemudian diperluaskan untuk menyokong Microsoft Edge di Windows 10, selain melalui Twitter.

Kini, dengan penawaran melalui YouTube akan membolehkan semua menontonnya tanpa masalah, sekali gus mengetahui lebih lanjut mengenai produk terbaru daripada Apple ini.

Mengikut waktu tempatan, siaran ini akan bermula pada pukul 1 pagi, 11 Sept.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]