Adakah beg tangan anda selepas ini diperbuat daripada cendawan?

Fesyen adalah trend yang sering diikuti tidak kira lelaki mahupun wanita.

Ia adalah normal kerana tidak ingin dilihat ketinggalan zaman.

Kebiasaannya, setiap kali terdapat majlis keraian, kita akan membeli pakaian baru dan memakainya pada majlis tersebut.

Namun adakah anda tahu kerana fesyen juga menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar?

Asasnya, industri fesyen bertanggungjawab dalam pembaziran air dunia sebanyak 20% dan pelepasan karbon sebanyak 10%.

Jadi bagaimana pencinta fesyen dapat mengurangkan kesan kepada alam sekitar?

Tanaman baru bahan bio inovatif boleh menawarkan sebahagian daripada penyelesaian, dengan menggantikan tekstil yang membazir seperti kapas dan kulit.

Walaupun kulit adalah produk sampingan daripada industri daging, sebahagian besar kulitnya dibuang, dan sejumlah besar air dan bahan kimia sering digunakan dalam penghasilannya.

Dalam hal ini, H&M dan Hugo Boss mengambil pendekatan untuk turut tidak mencemarkan persekitaran dengan menggunakan serat kulit daripada daun nanas dalam setiap produknya.

Selain itu ada juga yang menggunakan miselium yang datangnya daripada cendawan, dihasilkan untuk produk makanan, pembungkusan dan tekstil.

Cendawan merupakan tumbuhan yang mudah dijaga, dan ia boleh ditanam pada bila-bila masa.

Antaranya, jenama Stella McCartney yang merupakan produk Adidas menggunakan menggunakan miselium dalam produknya.

Selain itu, miselium turut diproses menjadi kulat “bioengineering” dalam pembuatan sutera.

Sagala usaha itu dilihat mendapat sokongan banyak pihak kini yang cuba mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Adakah selepas ini beg tangan anda juga diperbuat daripada cendawan?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]