Lihat cara ‘cool’ peguam ini tangani scammer

Pernahkan anda pernah menerima panggilan daripada orang yang tidak dikenali dan mengesyaki orang tersebut cuba untuk menipu anda?

Malah, terdapat iklan di kaca TV mengatakan anda harus berhati-hati apabila mendapat panggilan yang meminta maklumat peribadi anda.

Terbaru, seorang pengguna Twitter Abdul Hakeem Aiman telah berkongsi bagaimana beliau berjaya “checkmate” scammer daripada cubaan menipunya.

Menurut Hakeem, beliau mendapat panggilan daripada mahkamah berikutan terdapat tuntutan saman.

Walaupun beliau sudah dapat menghidu taktik penipuan itu, beliau hanya layankan sahaja panggilan tersebut untuk ketahui teknik yang cuba dilakukan.

Melalui perbualan tersebut, scammer tersebut dikenali Mikail mendakwa dirinya dari Mahkamah Majistret dan Hakeem perkenalkan dirinya sebagai seorang peguam.

Kemudian, Hakeem telah meminta maklumat mahkamah, nama majistret dan nombor kes sehingga membuatkan pihak mahkamah sanggup untuk telefon dan mencarinya.

Siapa sangka, scammer tersebut terus mematikan panggilan.

Untuk pengetahuan anda, mahkamah tidak akan menggunakan masa berharga mereka menghubungi anda dan pihak mahkamah juga tidak memiliki nombor telefon anda.

Malah, jika dalam kes sivil, peguam pihak plaintif yang akan menghubungi anda dan jika dalam kes jenayah, pihak polis yang akan mencari anda.

Anda kini boleh lebih berhati-hati jika ada “scammer” cuba ingin menipu anda.

Sumber: thevocket.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]