Sharnaaz enggan ceraikan, Nabila beri alasan hanya terima nafkah RM500

Prosiding kes tuntutan cerai terhadap pelakon pelakon Sharnaaz Ahmad diteruskan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur memerintahkan pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, dan Noor Nabila Mohd Noor, 35, untuk melantik jawatankuasa pendamai pada 30 September ini.

Ia berikutan Sharnaaz tidak bersetuju dengan permohonan tuntukan cerai yang difailkan isterinya, Nor Nabila.

Hakim Syarie, Ahmad Muttaqi Ismail menetapkan tarikh tersebut selepas Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad tidak bersetuju terhadap permohonan tuntutan cerai yang difailkan isterinya, Noor Nabila.

Noor Nabila memfailkan permohonan cerai pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.

Nor Nabila selaku plaintif dalam permohonannya menyatakan empat alasan penceraian antaranya tinggal berasingan sejak Februari 2018 selain tiada nafkah batin lebih setahun.

Defendan juga didakwa hanya memberi nafkah yang tidak mencukupi iaitu RM500 walaupun berkemampuan.

Nor Nabila turut mendakwa tiada lagi persefahaman antara beliau dan Sharnaaz walaupun sudah cuba untuk memperbaiki hubungan mereka.

Nabila juga dilaporkan hanya mahu fokus membesarkan anaknya, Ayden Jebat Ahmad dengan baik dan tidak mahu membuat sebarang kenyataan pada ketika ini.

Sharnaaz dan Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017.

Sharnaaz pula bagaimanapun kekal tenang selepas mahkamah tamat bersidang.

Beliau percaya niatnya untuk berdamai dan mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah rumah tangganya akan dipermudahkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]