5 jenis kuih bulan unik untuk musim luruh tahun ini

Bagi etnik Tionghua, atau masyarakat berbangsa Cina, kuih bulan bukan perkara asing lagi bagi mereka.

Ia adalah sejenis kuih Cina yang sering dimakan pada pertengahan musim luruh.

Dalam masyarakat Cina ini juga, mereka akan berkumpul beramai-ramai untuk makan bersama dan kuih bulan ini pastinya tidak ketinggalan dan menjadi antara santapan mereka.

Banyak keluarga yang terpisah disebabkan tugasan masing-masing, namun akan pulang untuk duduk bersama bagi meraikan perayaan kuih bulan.

Kuih bulan ini adalah dalam bentuk pastri bulat, berukuran 10cm garis pusat, 3 ke 4 cm ketebalannya, ia diperbuat dari kacang merah atau biji teratai yang didalamnya mempunyai kuning telur darupada telur itik masin.

Terdapat 5 jenis kuih bulan yang perlu anda ketahui:

1. Kuih bulan agar-agar

Kuih bulan ini semakin mendapat perhatian dan popular dalam kalangan masyarakat.

Ia berasa segar apabila dimakan kerana kesedapannya apabila kuih bulan berasa sejuk sebaik sahaja dikeluarkan daripada peti ais.

Kebiasaannya kuih bulan agar-agar ini dipenuhi dengan buah-buahan dan bukan dalam bentuk konvensional seperti kopi, kacang merah dan cendol.

Ia juga agak mudah dimakan dan dikunyah dan juga kandungan gulanya lebih dan sesuai untuk dimakan oleh pesakit diabetes.

Dengan cuaca panas beberapa minggu ini, kuih bulan agar-agar cara yang baik menyejukkan badan.

2. Kuih bulan aiskrim

Satu lagi jenis kuih bulan yang sejuk, iaitu kuih bulan aiskrim telah muncul di seluruh negara.

Kuih bulan aiskrim ini menjadi viral, kerana terdapat beberapa kuih bulan ais krim yang dibalut dengan lapisan “salji” yang kenyal serta lapisan coklat nipis.

Memandangkan ia dipenuhi dengan ais krim, ia perlu segera dimakan kerana bimbang ia akan cair.

3. Kuih bulan coklat

Antara petikan “Forrest Gump” yang paling berkesan ialah, “Kehidupan adalah seperti kotak coklat. Anda tidak tahu apa yang akan anda dapat. ”

Dalam hal ini terdapat beberapa perkara yang mungkin jarang berlaku, antaranya pembuat roti yang kini pandai membuat kuih bulan berperisa coklat dan aiskrim.

Ini memberi akses kepada sesiapa sahaja, semua kaun untuk merasai kuih bulan dimana sahaja termasuk kafe dan restoran yang ada menawarkannya.

4. Kuih bulan keju

Keju adalah makanan kegemaran ramai dalam kebanyakkan menu.

Tetapi umum juga mengetahui ramai dalam kalangan rakyat Malaysia cintakan keju dan kini anda boleh perolehinya dalam bentuk kuih bulan.

5. Kuih bulan durian

Sama seperti keju, rakyat Malaysia tidak boleh menghalang diri mereka daripada mengamalkan makanan yang dipenuhi durian seperti puff durian.

Malah durian Malaysia kini yang dieksport terus ke China, semakin mendapat tempat bagi warga disana dan tidak mustahil kuih bulan durian kini berada di dalam katelog kuih bulan.

Bagaimanapun, harga Kuih bulan durian ini berbeza-beza kerana sesetengahnya menggunakan durian murah manakala yang lain menggunakan durian gred tinggi seperti Musang King.

Jadi yang mana satu Kuih bulan pilihan anda?

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]