‘Bubble Tea’ terus viral, dari mana asalnya?

Sudah berapa lama “Bubble Tea” masih bertahan menjadi minuman kegemaran ramai kini?

Apa sahaja nama kedai yang ada menggunakan perkataan “bubble” pasti akan tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Malah tidak kurang juga ada yang belajar cara membuat bebola itu sendiri demi kepuasan diri.

Tapi ramai sebenarnya yang tidak tahu banyak benda mengenai minuman ini, asal-usulnya, serta variasi minuman tersebut.

Adakah “boba” dan “bubble tea” satu benda yang sama?

Dan adakah “bubble” merujuk kepada minuman tersebut atau “pearl” yang terdapat dalam minuman tersebut?

Walau apa pun nama digelar, ia merujuk kepada satu minuman yang berasaskan teh dan juga susu, sirap berperisa, “tapioca pearls” atau buah-buahan.

Dari mana ia bermula?

Pada awal tahun 1980, populariti minuman teh mula meningkat naik sebagai minuman yang paling digemari selepas habis bekerja.

Untuk menarik lebih ramai pelanggan datang, pemilik kedai teh Chun Shui Tang di Taichung, Taiwan telah memperkenalkan teh Cina sejuk dalam menu kedainya selepas mendapat inspirasi daripada teh ais Jepun.

Beberapa tahun kemudian, pengurus pembangunan kedai telah memutuskan untuk meletakkan puding manis tapioca ke dalam teh ais tersebut dan akhiknya gabungan tersebut menjadi dengan sangat baik.

Kejayaan gabungan itu menjadi pelopor kepada kejayaan teh ais lain di Taiwan.

Bagaimana boleh sampai ke Malaysia?

Oleh sebab fenomena “bubble tea” ini melanda di beberapa negara besar seperti Korea dan juga Amerika, tidak dapat dipastikan bila sebenarnya “bubble tea” menapak di Malaysia.

Tetapi dengan adanya penubuhan francais Chatime yang popular di Taiwan serta Gong Cha pada tahun 2010 telah menjadi pemula bagi gelombang “bubble tea” di Malaysia ini.

Perkataan “boba” adalah bukan seperti yang difikirkan

Perkataan “boba” sebenarnya membawa maksud “big breast” bagi dialek orang Cina.

Perkataan ini datang apabila sebuah kedai menggunakan bebola “tapioca” yang lebih besar daripada saiz biasa.

Pemilik kedai kemudiannya telah menukar dan memberi nama yang telah diubah suai sebagai nama yang provokatif untuk menandakan perbezaannya.

Kini, pekedai telah membezakan minuman teh ini dengan menjadikan “pearl milk tea” bagi saiz normal “pearl” dan “bubble milk tea” atau boba bagi saiz “pearl” yang lebih besar.

Dan “bubble” tidak merujuk kepada pearl.

Minuman “bubble tea” yang asli tidak mengandungi pearl, “bubble” sebenarnya merujuk kepada buih-buih yang terdapat pada permukaan minuman teh tersebut.

Buih yang terhasil adalah dengan mengoncang ramuan minuman tersebut dalam satu bekas khas.

Manakala “Tapioca Pearls” pula boleh bersifat toksik jika dimakan secara mentah.

Pearls yang dibuat dari kanji yang diekstrak daripada akar ubi kayu dimana dalam bentuk mentahnya mengandungi cyanide, sebatian toksik yang boleh menyebabkan sakit kepala, loya, lumpuh apabila ditelan.

Pearls ini perlu dimasak untuk menghilangkan toksin sebelum digunakan.

Ada cara yang betul untuk minum bubble tea

Bubble tea biasanya dihidangkan dalam bekas plastik yang ditutup rapat dengan plastik bagi memudahkan pembeli mengoncang minuman tersebut agar ramuannya sebati disamping memberi kelonggaran untuk dibawa kemana-mana sahaja dan tidak mudah tumpah.

Kepelbagaian variasi Bubble Tea

Pilihan “bubble tea” kini semakin pelbagai dan semakin tidak berkesudahan.

Setiap kedai ingin menampilkan kelainan bagi “bubble tea” masing-masing.

Antara contoh variasi “bubble tea” yang terdapat di Malaysia adalah “Green Tea Bubble Tea”, “Bang-Bang Milk Tea”, dan “Creme Brulee Milk Tea”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]