‘Rape Alarm’ wajar dimiliki oleh semua wanita demi keselamatan diri
‘Rape Alarm’ satu alatan yang dapat membantu elak daripada dirogol namun jangan bergantung 100%, perlu belajar ilmu pertahanan diri.
Setiap hari kes jenayah seksual semakin kerap dilaporkan dan ia telah menimbulkan kebimbangan kepada orang awam terutamanya dalam kalangan wanita dan kanak-kanak.
Mengambil kira hal ini, seorang pemilik akaun Twitter @JatIkhwan yang juga seorang peguam berkongsi peralatan yang boleh digunakan oleh wanita, kanak-kanak dan warga emas sebagai persediaan sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
Beliau telah berkongsi alatan “Rape Alarm” atau penggera rogol yang boleh membantu elak seseorang daripada dirogol.
“Rape Alarm” berfungsi membantu anda untuk menyelamatkan diri kerana ia menghasilkan bunyi siren yang kuat sehingga mampu menarik perhatian orang sekeliling apabila diaktifkan.
Malah, bunyi siren itu memiliki kekuatan sehingga 130/90 Db dan dipercayai boleh didengari dalam lingkungan 1KM.
Selain itu, beliau turut berkongsi kedai yang menjual alatan ini.
Bagi anda yang ingin mendapatkan “Rape Alarm”, ia boleh didapati di kedai MR.DIY dengan harga RM7 sahaja untuk dua set.
Bunyi yang dihasilkan sangat kuat dan menyakitkan telinga dan mampu menyelamatkan anda kelak.
Bagaimanapun, Ikhwan tidak menyarankan pengguna untuk bergantung 100% kepada alat ini dan sekurang-kurangnya perlu ketahui ilmu pertahanan diri yang mudah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]