Bersara paling cool: Jack Ma rancang 10 tahun, pencen dengan gaya ‘rockstar’

Impian Jack Ma untuk bersara pada umur 55 tahun menjadi kenyataan apabila pada 10 September baru-baru ini beliau telah berundur sebagai pengerusi dan CEO Alibaba.

Menariknya beliau telah melakukan perancangan yang teliti bagi memastikan majlis persaraannya menjadi satu majlis yang tidak akan dilupakan apabila beliau mengambil masa 10 tahun merancangkannya.

Lebih menakjubkan, beliau memilih untuk bersara di saat Alibaba dinobatkan sebagai syarikat paling bernilai di Asia dengan permodalan pasaran $460 bilion (RM1.919 trilion).

Jack Ma menyifatkan keputusan yang dibuatnya untuk bersara bukanlah pengakhiran bagi Alibaba sebaliknya sebuah permulaan yang baru buat Alibaba untuk terus berkembang.

Jack Ma juga dilihat mengikut jejak langkah Bill Gates yang bersara awal daripada syarikat yang dibangunkan untuk memfokuskan kepada kerja-kerja melibatkan kebajikan dalam menyalurkan wang serta membantu orang ramai.

Bagaimanapun, beliau masih lagi menjadi pemegang saham dibeberapa syarikat yang dimilikinya.

Beliau juga mengumumkan akan memantau syarikat miliknya serta memilih kepada mereka yang lebih muda.

Dan bersempena dengan hari terakhir Jack Ma bersama Alibaba, beliau telah mengaturkan sebuah majlis besar-besaran yang dihadiri oleh 80,000 pengunjung di mana Jack Ma memilih untuk menggayakan dirinya bagai seorang rockstar.

Penampilan beliau sebagai rockstar ini dilihat sebagai pengunduran paling cool dalam sejarah syarikat korporat di mana belum pernah berlaku sebelum-sebelum ini.

Legasi Jack Ma bakal diteruskan oleh Daniel Zhang yang merupakan CEO kepada Alibaba sejak 2015.

Bersempena pelan awal beliau, Daniel Zhang menyasarkan Alibaba untuk menjadi syarikat bernilai $1 trilion pada akhir 2020.

Syarikat ini juga komited untuk menawarkan yang terbaik buat lebih 1 bilion pengguna Alibaba seluruh dunia.

Sumber: thevocket.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]