Kaedah 2 jari… Adakah perlu ‘ujian dara’ untuk wanita?

Masih ramai yang tidak tahu tentang “Ujian dara” yang popular di negara luar, namun tidak di Malaysia.

Ini kerana negara kita tidak mengamalkan ujian tersebut malah menolak sekeras-kerasnya perbuatan ini kerana mengundang malu dan mencabul hak asasi seorang wanita.

Tetapi, berbeza pula di sesetengah negara yang mengamalkan konsep ini seperti di Indonesia.

Pernah juga kecoh di laman akhbar utama Sedunia di Indonesia, apabila wanita di sana perlu mengharungi “test dara” bagi melayakkan diri sebagai seorang tentera.

Bukan itu sahaja, banyak lagi negara lain yang mengamalkan ujian ini dan mendapat tentangan keras daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Fakta mengenai ujian dara

Walaupun negara kita tidak pernah mengamalkan ujian ini, namun penting untuk anda sebagai wanita mempunyai ilmu mengenai “ujian dara”.

Hal ini juga dapat membantu WHO mendapat sokongan untuk membanteras amalan ini di negara lain.

  1. “Ujian dara” menggunakan kaedah dua jari adalah tidak berasas, mendatangkan kerosakan dan mencabul hak seorang wanita.
  2. Amalan ini tidak pernah di lakukan di Malaysia tetapi ia diamalkan di Afghanistan, Bangladesh, Mesir, India, Indonesia, Iran, Jordan, Palestin, Afrika Selatan, Sri Lanka, Swaziland, Turkey dan Uganda.
  3. Di Indonesia, anggota polis wanita yang baru mendaftar akan diuji dengan pemeriksaan ini. Ia juga pernah dilakukan kepada pelajar sekolah menengah di Sumatera Selatan sebagai langkah untuk mencegah maksiat di daerah tersebut.
  4. Ujian ini dilakukan di negara Afrika sebagai rutin sebelum majlis perkahwinan. Wanita yang lebih berusia akan memeriksa bakal pengantin perempuan untuk memastikan ianya masih dara.
  5. Di Bangladesh, Pakistan dan India, ujian ini pernah dilakukan untuk memeriksa status dara mangsa rogol.
  6. Bermula pada tahun 2018, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan WHO telah melancarkan kempen khas untuk memastikan ujian kejam ini dihentikan kerana ia menyakitkan, memalukan dan bertentangan dengan hak asasi seorang wanita.

Bukan sahaja mencabul hak kehormatan wanita, pemeriksaan dara ini juga akan mendatangkan pelbagai kesan buruk.

Antaranya trauma, kemungkinan untuk mendapat jangkitan kuman selepas pemeriksaan dan kemurungan.

Tambahan pula, jika gagal untuk mendapatkan status “dara” selepas menjalani pemeriksaan, denda pula yang akan dikenakan kepada wanita tersebut.

Jadi, hentikan “penderaan” emosi dan fizikal wanita dengan melakukan “End Virginity Test” ini.

Sumber : Public Health, WHO-PoliticianInsight

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]