Santai bersama keluarga… Boleh cuba resepi cucur udang gebu bersama kuah kacang

Bagi mereka yang berkeluarga pastinya hari minggu akan diluangkan bersama dengan sebaiknya.

Dan minum petang menjadi rutin wajib tidak kiralah apa jua menu yang disediakan.

Kebiasaanya menu petang pilihan ramai orang adalah pisang goreng, karipap, cucur udang dan banyak lagi dimakan sambil bersantai bersama keluarga.

Terbaru, seorang pengguna Facebook Norfarhana Ariffin telah berkongsi resepi cucur udang dihidang bersama kuah kacang yang pastinya enak dan menyelerakan.

Bahan-bahan membuat cucur udang:

1) 1/2kg Tepung gandum

2) Sebiji telur

3) Sebiji bawang besar (kisar)

4) Pewarna kuning

*Nota: jangan letak serbuk kunyit nanti jadi warna merah adunan tu sebab kita guna soda

5) 2 biji bawang holland hiris

6) Kucai

7) Tauge

8) Udang

9) Garam

10) Gula

11) Sedikit soda bikarbonat

12) Air

Cara-cara membuat cucur udang:

1. Kisarkan bawang besar sebiji.

2. Kemudian, masukkan tepung gandum ke dalam bekas.

3. Masukkan bawang yang telah dikisar tadi, telur sebiji, air, garam, gula, soda bikarbonat dan kacau adunan.

*Nota: Masukkan air jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair.

4. Selepas itu, masukkan kucai, tauge, bawang holland hiris, dan cili besar hiris.

5. Panaskan minyak dan celup senduk besi ke dalam minyak panas tersebut.

6. Kemudian, letak adunan pada senduk tersebut dan letakkan udang diatasnya.

7. Selepas itu, masukkan ke dalam minyak panas dan biar sekejap sehingga bahagian bawah masak dan ia akan tertanggal sendiri.

8. Masak sehingga warna kekuningan dan siap.

Bahan-bahan membuah kuah kacang tanpa santan:

1) Segengam cili kering

2) 2 biji bawang besar

3) 7 ulas bawang putih

4) Halia

5) Serai

6) Lengkuas

7) Belacan

*Nota: semua bahan di atas dikisar halus

8) Kacang tanah yang disangai dan dikisar kering

9) Asam jawa

10) Gula atau gula melaka

Cara-cara membuat kuah kacang tanpa santan:

  1. Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga garing.
  2. Kemudian, masukkan kacang tanah yang disangai dan dikisar kering.
  3. Selepas itu, masukkan air asam jawa.
  4. Kemudian, masukkan sedikit air, gula dan garam.
  5. Biarkan sehingga naik minyak dan siap.

Mudah bukan cara untuk membuat cucur udang cicah kuah kacang ini?

Semoga perkongsian ini dapat dimanfaatkan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]