Polis soal Charles Santiago esok berkait laporan Naik

Charles Santiago.

PETALING JAYA: Polis akan menyoal Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago esok berkait laporan yang dibuat terhadapnya oleh penceramah kontroversi, Dr Zakir Naik.

Beliau diminta ke Bukit Aman esok pada 10.45 pagi.

“Polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Naik,” katanya kepada FMT.

Pada 11 Sept lalu, polis menyoal Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang P Ramasamy dan Adun Bagan Dalam Satees Muniandy juga kerana laporan polis oleh Naik.

Polis memaklumkan Charles, Ramasamy, Satees dan 2 lagi individu, Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran dan bekas duta, Dennis Ignatius akan dipanggil dalam siasatannya.

Naik mendakwa 5 individu berkenaan membuat kenyataan fitnah terhadapnya.