Kulit gelap bukan masalah, ikuti 10 tip bergaya buat lelaki

Tidak dinafikan lelaki berkulit gelap kini lebih menjadi pilihan kaum wanita berbanding lelaki berkulit cerah. Ia gara-gara banyak yang mendakwa lelaki berkulit gelap lebih macho dan gagah.

Bahkan menurut kajian, 75% wanita di Malaysia lebih menyukai lelaki yang berkulit gelap.

Namun ada sesetengah beranggapan lelaki berkulit gelap ini mempunyai masalah dalam berfesyen kerana agak susah untuk memilih pakaian berbanding lelaki berkulit putih kerana kondisi warna yang tidak sama.

 

Sehubungan itu, ini 10 tip cara berfesyen bagi lelaki berkulit gelap.

Malah jika lelaki gagah ini pandai bermain dengan warna dan berani, pasti anda dapat “tackle” pandangan mata wanita.

1. Baju berwarna putih

Warna putih mungkin terlalu kontra dengan kulit anda. Bagaimanapun apabila ia dipakai menampakkan diri anda lebih menyerlah. Sebaiknya anda mungkin boleh pertimbang untuk pilih warna yang neutral seperti warna krim atau merah muda.

2. Pilih t-shirt warna hitam

Anda harus menggunakan t-shirt berwarna hitam jika kulit anda gelap. Jangan memakai baju warna coklat kerana ia menyamai warna kulit anda. Jika anda memakai sneaker, gunakan t-shirt berwarna hitam agar anda tampak lebih menawan.

3. Guna warna terang

Jika anda menggunakan warna terang, secara tidak langsung pandangan orang kepada baju dan kesesuaian badan nampak menjadi lebih baik.

4. Pakai seluar khakis

Jika anda mengenakan seluar khakis berwarna coklat, pastikan warnanya tidak terlalu terang daripada warna kulit anda. Warna yang cerah akan terlihat kontra dengan warna kulit anda. Jika anda mengenakan warna gelap pula, ia akan menampakkan anda lebih kelam. Jika anda tidak suka mengenakan seluar khakis, anda boleh gunakan seluar berbentuk pastel dengan warna terang.

5. Warna meriah

Warna jingga, merah atau kuning akan terlihat cantik dan sesuai dengan warna kulit gelap. Semakin gelap warna kulit, semakin terang kemeja yang boleh anda gunakan. Warna merah muda juga merupakan pilihan warna yang baik untuk lelaki berkulit gelap.

6. Warna utama

Tidak hanya warna-warna terang yang sepadan dengan kulit anda, kebanyakan warna-warna utama juga boleh dipadankan dengan warna kulit lelaki gelap. Namun yang penting, hindari warna biru tua dan hijau kerana ia akan menenggelamkan warna kulit gelap anda.

7. Jam tangan

Setiap lelaki biasa memiliki jam tangan. Bagi lelaki kulit gelap, sebaiknya pilih jam tangan berwarna perak, emas cerah atau platinum. Jam tangan kulit tidak akan terlihat lebih baik dibandingkan jika anda menggunakan jam tangan metal. Dalam kes seperti ini, pilihlah warna cerah untuk permukaan jam tangan anda.

8. Warna harus dihindari

Anda harus menghindari beberapa warna seperti coklat tua, pirus, magenta dan hijau daun. Warna-warna gelap dan dingin seperti ini tidak masuk dengan warna kulit anda. Jika anda ingin mengenakan pakaian, usahakan untuk anda menggunakan warna-warna yang lebih terang.

9. Kacamata hitam

Sebaiknya anda mengenakan kacamata yang berwarna terang atau reflektif. Kacamata berwarna hitam akan terlihat kurang menarik kerana ia menyatukan dengan warna kulit anda. Kacamata reflektif dapat menonjolkan wajah anda sehingga ia dapat menjadi pelengkap untuk warna kulit gelap anda.

10. Topi

Jika anda mengenakan topi, kecerahan adalah kuncinya. Pastikan topi anda tidak musnah dengan keseluruhan penampilan anda. Jangan gunakan topi berwarna coklat tua atau hitam. Topi merah dapat menjadi pilihan yang baik untuk melengkapi kulit gelap anda.

Sumber: maskulin.com.my

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]