16 Sept macam tiada makna, salah siapa?

Pengisytiharan Malaysia menyimpan sejarah yang banyak melibatkan pemimpin Semenanjung, Sabah dan Sarawak serta Singapura.

Apabila bercakap tentang Hari Merdeka, rata-rata masyarakat Malaysia tahu tentang tarikh tersebut.

Namun persoalannya tahukah mereka tentang sejarah, pejuang kemerdekaan, malah semangat kemerdekaan itu turut diterapkan melalui pembuatan baju bendera di setiap sekolah.

Dan apabila bercakap tentang Hari Malaysia yang diraikan setiap tahun pada 16 September, orang ramai hanya tahu ia merupakan cuti umum. Tetapi tidak tahu intipatinya secara mendalam.

Dalam hal ini, pendedahan dilihat amat penting buat generasi masa kini mengenai pembentukan Malaysia yang terdiri daripada Semenanjung bersama Sabah, Sarawak dan Singapura (yang keluar pada 1965).

Dan atas dasar tanggungjawab dalam memberi didikan dan pendedahan kepada generasi masa kini yang lebih mementingkan media sosial, Arkib Negara berkolobrasi dengan pusat membeli-belah trending di Kuala Lumpur iaitu Publika mengadakan pameran tentang Hari Malaysia.

Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Pengembangan Pusat Arkib Negara, Yatimah Rimun berkata pihaknya sentiasa mencari inisiatif dalam memberi maklumat kepada masyarakat.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Sektor Penyelidikan dan Pengembangan Pusat Arkib Negara, Yatimah Rimun, pameran yang berlangsung sejak 1 September lalu dan berakhir hari ini sedikit sebanyak mampu memberi impak dan pengertian kepada bagaimana tertubuhnya Malaysia.

Malah pameran yang menggunakan 10 papan besar dan mempamerkan salinan pengisytiharan, gambar pejuang yang terlibat, sejarah bendera Malaysia dan replika Merdeka Malaysia sebagai tempat untuk mengambil gambar sebagai kenangan dan gambar-gambar menarik untuk tatapan pengunjung.

“Kita sentiasa mencari jalan untuk menerapkan nilai-nilai sejarah yang berlaku dalam negara kita supaya anak muda kini tahu apa yang berlaku sehingga tertubuhnya Malaysia.

“Jadi pengunjung boleh datang untuk melihat sendiri dokumen dan membaca sejarah Hari Malaysia yang kita pamerkan di sana,” katanya kepada FMT.

Pusat Arkib Negara berkolaborasi dengan Publika membuat pameran Pengisytiharan Malaysia 1963.
Bendera dulu dan kini turut dipamerkan supaya masyarakat dapat melihat perbezaannya.

Tambah Yatimah, beliau menyedari anak muda sekarang tidak diberi pendedahan sewajarnya tentang Hari Malaysia.

Oleh itu Arkib Negara mengambil usaha meningkatkan kesedaran dengan menyalurkan seberapa banyak maklumat agar mereka tidak ketinggalan dan hargai sejarah yang tiada nilainya ini.

Katanya lagi, fokus utama yang perlu diberi perhatian adalah merapatkan jurang pencarian maklumat itu sendiri dengan para penyelidik, khususnya dengan golongan muda.

Apa yang dilakukan Pusat Arkib Negara kini mengikuti perkembangan arus perdana dengan lebih banyak menggunakan platform media sosial dan internet sebagai medium untuk orang ramai membuat rujukan.

Liputan muka depan The Malay Mail yang melaporkan Proklamasi Malaysia 1963, yang terdapat dalam simpanan di Pusat Arkib Negara.
Proklamasi Malaysia 1963 yang ditulis di atas kulit kambing, dengan tiga versi iaitu Melayu, Jawi dan Inggeris.

“Seperti biasa para penyelidik perlu datang ke sini untuk membuat rujukan bagi menyiapkan kajian mereka, tapi kita cuba lebih mesra dengan masyarakat di mana setiap maklumat boleh di akses di hujung jari anda sahaja.

“Jadi mereka boleh menggunakan sistem Online kita, iaitu Online Finding Aid (OFA) untuk mencari segala data dan maklumat, sama seperti apa yang ada di Arkib Negara,” katanya kepada FMT.

Sistem OFA ini boleh diakses 24 jam dan lebih fleksibel mengikut kesesuaian masa anda.

Antara gambar yang diambil ketika Pengisyitharan Malaysia 1963.
Dataran Merdeka merupakan lokasi pertama pengisytiharan Malaysia dibuat.

Untuk rekod sebelum ini pelbagai langkah sudah dilakukan pihak Arkib Negara untuk memberi kemudahan kepada orang ramai mengakses maklumat dan “rahsia rasmi” yang perlu dipelihara, maka ia terpulang kepada orang muda khususnya untuk menerokai dan menyelami sendiri erti “Hari Malaysia”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]