Menarik… Tak semua tahu tali leher RM4.50 jadi identiti Hari Malaysia

Menjadi tarikan apabila tali leher dipilih sebagai identiti selepas tertubuhnya Hari Malaysia.

Dalam simpanan Pusat Arkib Negara, terdapat perkara menarik yang mungkin tidak diketahui umum.

Ini kerana hakikatnya kawasan tersebut mempunyai banyak tempat terlarang yang tidak boleh dicerobohi mana-mana pihak. Ia bertujuan bagi memelihara khazanah negara yang disimpan di dalam gedung serta bilik kebal itu.

Namun dalam simpanan tersebut, antara yang menarik dan menjadi perhatian tentang Hari Malaysia sebuah fail yang di dalamnya khas berkenaan tali leher sahaja.

Berdasarkan hasil selidik, banyak pihak ingin membeli tali leher yang dijadikan sebagai simbol untuk golongan lelaki memakainya selepas tertubuhnya Hari Malaysia.

Selain perisytiharan Malaysia yang ditulis diatas kulit kambing, dokumen tali leher juga turut disimpan dalam satu fail khas.

Dokumen pertama adalah pada 31 Disember 1963, di mana dalam surat tersebut menjelaskan harga tali leher itu RM4.50 dan ia ditandatangani Setiausaha Tetap Jabatan Perdana Menteri, Syed Hashim.

Pada peringkat awal, perkara ini mendapat perhatian Setiausaha Kerajaan Negeri Perak serta masyarakat dari Kota Tinggi, Johor dan Melaka untuk membuat tempahan.

Selain itu, kedai kain terbesar pada waktu itu, Globe Silk Store yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman turut menulis kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk meminta kebenaran menjual tali leher tersebut.

Surat itu bertarikh 10 Januari 1964 dan ditulis semula pada 8 Februari tahun yang sama bagi mendapatkan respons KSN.

Pengisytiharan Hari Malaysia dilakukan di Dataran Merdeka pada 16 September 1963.

Namun di dalam fail itu, tiada lakaran tali leher yang ditunjukkan. Bagaimanapun ia penuh dengan jumlah tempahan dan invois wang keluar masuk bagi tujuan pembayaran tali leher tersebut.

Fail tersebut disimpan rapi dalam gedung Pusat Arkib Negara.

Ternyata pemakaian tali leher ini mempunyai sejarahnya tersendiri, terutamanya dijadikan simbol selepas kejayaan menubuhkan Hari Malaysia 16 September 1963.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]