2 artis British boikot yayasan Bill Gates beri anugerah kepada PM India

Pelakon British, Riz Ahmed dan Jameela Jamil dilaporkan menarik diri daripada program anjuran Yayasan Bill dan Melinda Gates di mana dalam program tersebut ia memberi anugerah kepada Perdana Menteri India, Narendran Modi.

Tindakan Riz dan Jameela itu sebagai tanda protes kerana Modi masih gagal bertindak untuk mendamaikan krisis di Kashmir.

Perkara ini disahkan Yayasan Gates sendiri dalam laman sosial Twitternya bahawa Riz dan Jameela menarik diri daripada program tersebut.

Anugerah yang diterima Modi itu merupakan anugerah “Global Goalkeeper”, bertujuan  mengiktiraf mana-mana pemimpin politik yang menunjukkan komitmen mereka dan memberi kesan kepada negara.

Dan anugerah tersebut diberi kepada Modi berikutan tindakannya membina 90 juta tandas di seluruh India sejak lima tahun lalu.

Pembinaan itu dibuat dalam misi Swachch Bharat bersempena dengan ulang tahun kelahiran Mahatma Ghandi yang ke-150 tahun.

Modi dilaporkan akan menerima anugerah tersebut pada 24 September ketika dalam rangka lawatannya ke Amerika Syarikat.

Bagaimanapun banyak pihak menggesa penganjur menarik balik anugerah yang bakal diberi kepada Modi susulan kekejaman yang berlaku dengan pembatalan artikel yang sebelum ini memberi hak status autonomi kepada Kashmir.

Modi sebelum ini mempertahankan keputusannya menghapuskan status khas di wilayah bergolak Kashmir atas alasan untuk menghentikan keganasan walaupun langkah itu berdepan bantahan banyak pihak terutamanya Pakistan.

Pemimpin Parti Bharatiya Janata (BJP) itu mengeluarkan kenyataan itu buat pertama kali sejak Artikel 370 yang memberikan status autonomi khas kepada Kashmir dimansuhkan menerusi Dekri Presiden pada Isnin lalu.

Sumber: https://themuslimvibe.com

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]