Bekas isteri Sultan Brunei, Azrinaz selamat melahirkan anak perempuan

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan, 10.20 pagi, Ahad.

Bayi dilahirkan secara normal dengan berat 2.75 kilogram.

“Saya dimasukkan ke pusat perubatan dari jam 5.30 pagi. Beberapa jam selepas itu, anak saya dilahirkan. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan proses kelahiran juga mudah.

“Saya tidak menjangka semuanya berlaku begitu pantas. Mungkin kerana saya mengamalkan gaya hidup sihat, selain rezeki, semuanya menjadi mudah,” katanya.

Isteri kepada Fairos Khan Abdul Hamid itu berkata, dia begitu teruja apabila kembali menimang cahaya mata selepas 11 tahun.

“Nampaknya selepas ini, rutin hidup saya akan berubah dan mungkin terpaksa berjaga malam. Saya tidak kisah berkorban kerana semua itu demi anak tersayang,” katanya.

Azrinaz berkata, ketika ini dia masih belum bersedia berkongsi gambar wajah anaknya, malah nama hanya akan diumumkan selepas tujuh hari.

Pasangan itu melangsungkan perkahwinan dalam satu majlis tertutup pada 1 Mei tahun lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 13, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 11.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]