Jerebu: 63 sekolah di Port Dickson ditutup

Semua pelajar sekolah di Port Dickson tidak dibenarkan hadir ke sekolah, hari ini. (Gambar Bernama)

SEREMBAN: Semua 63 sekolah di Port Dickson ditutup hari ini susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di daerah itu melebihi 200.

Setakat pukul 8 pagi ini, IPU di Port Dickson merekodkan bacaan 211 iaitu “sangat tidak sihat”.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata semua pelajar terlibat tidak dibenarkan hadir ke sekolah.

“Manakala guru-guru masih perlu hadir ke sekolah tetapi perlu memakai penutup hidung dan mulut untuk melindungi daripada jerebu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jabatan Pendidikan negeri akan terus memantau keadaan dan akan membuat makluman dari semasa ke semasa.

Setakat pukul 8 pagi ini, IPU di 2 lagi daerah di negeri ini merekodkan bacaan tidak sihat iaitu Nilai (199) dan Seremban (174).