Pesakit meningkat 30% hingga 40% kerana jerebu

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye dan Pengarah Jabatan Kesihatan Pulau Pinang Dr Asmayani Khalib di Hospital Pulau Pinang hari ini.

GEORGE TOWN: Kerajaan hari ini berkata ada peningkatan sebanyak 30% hingga 40% pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik kerajaan seluruh negara kerana jerebu.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kadar peningkatan itu berdasarkan mereka yang mendapatkan rawatan di 22 klinik kesihatan terpilih di seluruh negara sepanjang minggu lepas berbanding minggu sebelumnya.

Beliau berkata pesakit berkenaan dirawat kerana jangkitan saluran pernafasan atas, konjunktivitis dan serangan asma akut.

URTI termasuk gejala-sejala seperti demam selsema, hidung berair, sakit kerongkong atau gagal-gagal dan sakit apabila menelan.

“Kalau anda keluar, sila pakai tepong N95 untuk melindungi diri. Topeng bedah tak memadai kerana ia tidak menapis partikel mikro. Patrikel mikro yang menyebabkan bahaya, bukan bau udara.

“Kami menggesa kanak-kanak dan warga emas supaya sentiasa berada dalam bangunan dan mengambil langkah beringat-ingat,” katanya kepada pemberita di Hospital Pulau Pinang hari ini.

Jerebu yang menyelubungi beberapa kawasan sejak beberapa hari lalu, dengan indeks pencemaran udara tertinggi di Sri Aman, Sarawak hari ini yang merekodkan bacaan 367 atau berbahaya.

Di Semenanjung, Johan Setia di Klang, Selangor mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu 233.

Lebih 100 sekolah di Sepang, Hulu Langat, Klang dan Petaling Perdana di Selangor ditutup hari ini, menjejaskan hampir 188,000 pelajar.