Sabah akan jadi negeri terkaya, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad.

KOTA KINABALU: Dr Mahathir Mohamad berkata Sabah bakal mendapat manfaat besar daripada sektor minyak dan gas, dan menepis dakwaan ia negeri termiskin di Malaysia.

Sebaliknya, kata perdana menteri, Perlis dan Kedah adalah negeri termiskin.

“Sabah akan menjadi negeri terkaya apabila minyak laut dalam mengeluarkan produk,” katanya kepada pemberita pada satu majlis makan tengah hari bersama pimpinan PPBM tempatan hari ini.

add this after para akhir:

Ditanya mengenai ketiadaan pemberian untuk Sabah dan Sarawak dalam ucapan Hari Malaysia di Kuching semalam, Mahathir berkata kerajaan perlu memikirkan negara-negara lain juga.

“Pemberian itu bersama dengan pemberian kepada negeri lain, sebab kita mahu pastikan tidak ada ketaksamaan yang besar antara negeri.

“Sekarang, Sabah dan Sarawak sebenarnya lebih kaya daripada banyak negeri di Semenanjung,” katanya.

Beliau berkata kedua-dua negeri itu ada tanah yang banyak yang boleh digunakan.

“Kita mahu perbaharui dasar kita mengenai pertanian yang boleh pastikan rakyat di kawasan luar bandar juga boleh menjadi kaya.

“Itu yang saya katakan malam tadi: Saya tak sebut secara spefisik, tapi ia mengenai tanah. Sabah dan Sarawak ada tanah,” katanya.

Beliau menambah negeri-negeri juga perlu membangunkan teknologi untuk membangunkan tanah-tanahnya.

Ditanya adakah Sabah perlukan dana untuk berbuat demikian, beliau berkata kerajaan menanggung hutang daripada kerajaan lepas.

“Kita ada hutang RM1 trilion,” katanya. “Kalau tak bayar, kita akan muflis.

“Hasil kita banyak digunakan untuk bayar hutang Najib Razak. Itu legasi Najib.

“Kita kekurangan dana dan perlu berbelanja dengan bijak. Kita perlu tengok keutamaan kita. Kita beri wang kepada keutamaan yang lebih tinggi. Yang lain kita mungkin perlu kurangkan.”