5 selebriti tidak lagi bergelar kerabat diraja

Perkahwinan antara selebriti dengan kerabat diraja bukanlah suatu perkara yang baru.

Malah ia sering didengar apabila kerabat diraja memilih rakyat biasa menjadi pasangan hidup mereka.

Namun dalam hal ini, ada yang kekal tidak kurang juga yang kecundang kerana penceraian atas masalah peribadi masing-masing.

Menurut sesetengah adat, bagi mereka yang bercerai mati masih lagi dianggap sebahagian daripada kerabat.

Manakala, bagi yang bercerai ketika hidup, status mereka ditarik semula.

Berikut merupakan senarai lima selebriti yang kini tidak lagi bergelar kerabat atau orang istana.

1. Mazuin Hamzah dan Pengiran Muda Sufri Bolkiah

Pada tahun 1987, bekas ahli kumpulan Quinnary M iaitu Mazuin Hamzah pernah mengejutkan ramai apabila beliau dilamar putera diraja paling kaya di dunia, Pengiran Muda Sufri Bolkiah.

Majlis perkahwinan pasangan ini menjadi bualan ramai bertahun lamanya. Difahamkan, pada tahun 2003 pasangan ini telah bercerai dan Mazuin kini dikenali sebagai Dayang Hajah Mazuin Hamzah.

2. Maria Menado dan Almarhum Sultan Abu Bakar

Pada 1963, primadona filem Melayu, Maria Menado dilamar oleh Sultan Pahang, Almarhum Sultan Abu Bakar.

Perkahwinan Maria dengan Almarhum Sultan Abu Bakar dikurniakan tiga orang cahaya mata. Hubungan mereka tetap berpanjangan sehinggalah kemangkatan baginda sultan.

Pada 1978, Maria bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Dr. Mohd. Husain Yusof. Pada Oktober 2017, Maria menerima darjah kebesaran dari Istana Pahang yang membawa gelaran Dato Sri.

3. Manohara dan Tengku Fakhry

Mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2009, bintang terkenal dari Indonesia, Manohara disahkan bercerai dengan adinda Sultan Kelantan, Tengku Fakhry.

Manohara memohon cerai setelah mengaku dicederakan oleh Tengku Fakhry selain terdapat pelbagai faktor dan masalah sepanjang bergelar suami isteri.

Namun ada yang mengatakan ia hanya berita palsu dan sehingga kini masih belum ada yang mengesahkan kesahihannya.

4. Azrinaz Mazhar Hakim dan Sultan Hassanal Bolkiah

Kisah perkahwinan ini menggemparkan negara apabila Sultan Brunei berkenan untuk menjadikan bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim sebagai isteri pada 2005 dan mendapat gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Azrinaz Mazhar.

Namun, Azrinaz telah diceraikan pada 2010 dan gelaran diraja itu turut ditarik. Perkahwinan selama 5 tahun itu dikurniakan dua orang cahaya mata.

5. Amelia Thripura Henderson dan Tunku Dato’ Harrunnarrassheed Putra

Nama pelakon ini menjadi bualan ramai apabila muncul menerusi drama popular yang kini disiarkan di televisyen.

Pasti ramai yang masih ingat, Amelia sering muncul di iklan televisyen satu ketika dahulu.

Amelia mendirikan rumah tangga bersama Tunku Harun yang juga anak saudara Sultan Kedah pada Ogos 2015, dengan nama barunya Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah.

Namun, menerusi Twitter pada Julai tahun lepas, Amelia mengesahkan mereka tidak bersama dan berpisah dengan cara baik dan membawa haluan masing-masing.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]