Had umur berkahwin di Indonesia dinaikkan kepada 19 tahun

Wanita di Indonesia yang ingin berkahwin kini perlu mengikut undang-undang baru yang diluluskan.

Ini kerana Parlimen Indonesia sebulat suara bersetuju untuk menukar had umur daripada 16 tahun kepada 19 tahun bagi mereka yang ingin berkahwin.

Menurut laporan CNN, ia dilihat sebagai salah satu langkah untuk membendung perkahwinan bawah umur yang sering dilaporkan di media antarabangsa sehingga membimbangkan masyarakat.

Indonesia sebelum ini meluluskan kebenaran untuk wanita yang berumur 16 tahun untuk berkahwin manakala 19 tahun bagi lelaki.

Indonesia diletakkan pada kedudukan ke-8 dalam senarai negara yang merekodkan perkahwinan bawah umur paling tinggi.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]