Iran tidak akan runding dengan AS, tegas Ali Khamenei

Ayatollah Ali Khamenei. (Gambar AFP)

DUBAI: Iran tidak akan sama sekali mengadakan perjanjian terus dengan Amerika Syarikat (AS) tetapi boleh terlibat dalam perundingan pelbagai hala berhubung program nuklear, tegas pemimpin tertinggi Ayatollah Ali Khamenei pada Selasa, menurut televisyen negara.

AS Presiden Donald Trump berkata beliau boleh bertemu dengan Presiden Iran Hassan Rouhani, mungkin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), New York bulan ini.

“Para pegawai Iran, di mana-mana peringkat, tidak akan bercakap dengan pegawai-pegawai Amerika… ini sebahagian daripada dasar mereka untuk memberi tekanan ke atas Iran… tekanan politik mereka akan gagal,” kata beliau.

Khamenei berkata para ulama Iran bersetuju: “Semua pegawai di Iran sebulat suara percaya. Jika Amerika mengubah tingkah laku dan kembali kepada perjanjian nuklear (Iran 2015), maka ia boleh menyertai rundingan pelbagai hala antara Iran dan pihak lain,” kata beliau lagi.

Trump telah memutuskan untuk keluar dari perjanjian nuklear antara Iran dan 6 negara lain tahun lalu dan mengenakan semula sekatan ke atas Tehran.

“Jika kita menyerah kepada rakyat Amerika dengan tekanan mereka sendiri dan mengadakan perbincangan… ini akan menunjukkan tekanan maksimum mereka ke atas Iran telah berjaya. Mereka sepatutnya tahu bahawa dasar ini tidak mempunyai nilai ke atas kita,” kata Khamenei yang mempunyai kata muktamad dalam semua perkara berkaitan dengan negara.

Ketegangan antara Tehran dan Washington telah meningkat berikutan konflik Timur Tengah baru ekoran serangan ke atas kemudahan minyak utama di Arab Saudi.

Trump mendakwa pada Isnin Iran berada di belakang serangan itu tetapi menegaskan beliau tidak mahu berperang. Iran menafikan sebarang penglibatan mereka.