Pencinta koleksi Pandora ‘merah jambu’ boleh digayakan tanpa batasan

Mana-mana wanita yang menggayakan koleksi Pandora musim luruh pasti merasakan dirinya sangat bahagia.

Wanita dan aksesori serta barang kemas sememangnya tidak dapat dipisahkan malah seakan-akan menjadi satu kemestian untuk tampil bergaya dan sekaligus menggambarkan ciri-ciri feminin bagi sesiapa sahaja yang menggayakannya.

Tambahan dengan elemen “wonderland” dan fantasi yang diketengahkan menjadikan aksesori kelihatan lebih eksotik dan menyerlahkan penampilan wanita moden di era masa kini yang mementingkan gaya serta keterampilan.

Menepati elemen ini, Pandora Malaysia dilihat berjaya mencipta satu revolusi yang dapat memenuhi permintaan semua peringkat umur dengan melancarkan koleksi musim luruh 2019 dengan memperkenalkan warna merah jambu sebagai “signature” bagi musim ini.

Meer Habib bersama dengan orang kuat Pandora Malaysia ketika pelancaran koleksi musim luruh yang bertemakan merah jambu.

Koleksi terbaru musim luruh 2019 ini juga buat pertama kali memperkenalkan Pandora O Pendant untuk wanita mengekspresikan diri melalui aksesori ini.

Antara koleksi cincin Pandora yang direka khas mengikut trendy terkini.

Rekaan ini lebih membawa makna kepada satu bulatan yang memiliki kuasa menyatukan barang kemas dan ekspresi peribadi tanpa batasan hingga menjadikannya satu Pandora yang lengkap.

Pandora Moments O Pendant boleh didapati dalam tiga saiz:

  • Perak sterling O Pendant datang dalam saiz kecil, sederhana dan besar
  • Pandora Shine dan Pandora Rose didatangkan dalam saiz kecil dan sederhana.

Loket O Kecil, sederhana dan besar O boleh membawa tiga, lima dan tujuh ornamen, dari rekaan minimalis hingga maksimalis.

Pandora kini menjadi pilihan semua peringkat umur kerana reka bentuknya yang sentiasa menerapkan elemen wonderland dan fantasi.

Koleksi Musim Luruh 2019 kali ini juga diilhamkan daripada daun oak dengan siluet asimetri secara terperinci dengan asimetrik ira tulang daun.

Bentuk dan pergerakan dedaunan dan dua nada pesona Murano dengan berhati-hati diukir ke dalam perhiasan daun tergantung.

Menggabungkan keperibadian dengan reka bentuk yang inovatif dan abadi, koleksi musim ini bertujuan untuk memberi suara kepada semua ekspresi wanita.

Pengerusi Pandora Malaysia dan Brunei, Meer Habib.

Pengerusi Pandora Malaysia dan Brunei Meer Habib berkata “Pandora selalu sinonim dengan ekspresi diri dan pemberdayaan. Dengan koleksi baru ini, kami berharap dapat melihat wanita bersama-sama meraikan apa yang mereka impikan dan siapa mereka sebenarnya.”

Pandora juga tampil dengan identiti visual yang benar-benar segar.

Merah jambu sebagai warna pilihan utama, mengagumkan si pemakai dengan pesonanya tersendiri.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]