Polis Indonesia namakan 5 syarikat, 230 individu dalangi kebakaran

JAKARTA: Polis kebangsaan Indonesia menamakan PT Bumi Hijau Lestari dan seorang lembaga pengarahnya sebagai suspek kebakaran tanah dan hutan yang melanda Sumatera Selatan sejak beberapa lalu, yang turut menyebabkan jerebu merentasi negara.

“AK (Alvaro Khadafi) adalah pengarah operasi PT Bumi Hijau Lestari,” kata jurucakap polis Brigadier Jeneral Dedi Prasetyo dipetik Tempo hari ini.

PT Bumi Hijau Lestari, bersama-sama dengan Alvaro didakwa gagal mencegah kebakaran hutan tetapi syarikat itu hanya memutuskan untuk menggerakkan enam anggota bomba bagi memadam kebakaran merentasi kawasan seluas 2,500 hektar.

“Ini maklumat awal diterima,” kata Dedi lagi.

Selain itu, empat syarikat lagi dinamakan sebagai suspek iaitu PT Sumber Sawit Sejahtera yang terletak di Riau, PT Palmindo Gemilang Kencana (Kalimantan Tengah), PT SAP (Kalimantan Barat) dan PT Sepanjang Inti Surya Utama (PT SISU) di Kalimantan Barat.

Dalam pada itu, dari segi individu bertanggungjawab terhadap kebakaran hutan, polis Indonesia menamakan 230 orang sebagai suspek melibatkan tujuh wilayah, akan menghadapi pelbagai tuduhan jika didapati bersalah.