Trending ‘thanks Indonesia’, netizen sindir keadaan jerebu landa negara

Sedang menjadi trending ketika ini majoriti rakyat Malaysia mengucapkan “Terima kasih Indonesia” disebabkan fenomena jerebu teruk yang sedang melanda negara.

Posting yang dibuat menerusi laman sosial Twitter ini menyaksikan rata-rata netizen menggunakan tagline “thanks Indonesia” dalam intonasi sindir.

Sehingga ke saat ini lebih 2,400 tweet yang dimuat naik oleh netizen menggunakan tagline itu.

Selain mengeluarkan kata-kata perli, netizen turut memuat naik gambar keadaan terkini di Malaysia jika dibandingkan dengan sebelum ini.

Ada yang bernyanyi yang dituju khas kepada Indonesia dan paling menyedihkan posting daripada Susan Lankester @suelanks memaparkan video burung mati bertaburan di atas jalan disebabkan pencemaran udara teruk yang melanda negara ketika ini.

Posting tersebut mendapat hampir 16,000 retweet dan 7,647 tanda suka.

Bagi netizen “inilah nilai persahabatan dua negara yang berjiran dan diberikan tanpa gagal setiap tahun sehingga membuatkan semua orang sakit”.

Sehingga 5 petang kawasan yang diklasifikasikan sebagai sangat tidak sihat iaitu di 5 kawasan di Sarawak manakala 30 kawasan lagi di Semenanjung.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]