Bekas menteri India 72 tahun rogol pelajar ditahan

Bekas menteri Swami Chinmayanand, dituduh merogol seorang pelajar undang-undang, dibawa keluar dari hospital kerajaan selepas menjalani pemeriksaan perubatan susulan penahanan beliau di Shahjahanpur pada 20 Sept 2019.

LUCKNOW: Bekas menteri dan pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP) ditahan hari ini berhubung dakwaan rogol dan gangguan seksual membabitkan pelajar undang-undang, kata polis dan peguamnya.

Swami Chinmayanand, yang sebelum ini berkhidmat sebagai menteri untuk hal ehwal dalaman India, akan dikenakan tuduhan di bawah kanun keseksaan berhubung jenayah seks oleh orang yang berkuasa, peguamnya, Pooja Singh memberitahu Reuters.

“Kami mempunyai bukti yang cukup dan pengakuan daripada tertuduh untuk didakwa,” kata
Naveen Arora, salah seorang pegawai polis yang menyiasat kes itu pada sidang akhbar.

Ketua Pengarah Polis Uttar Pradesh, OP Singh juga mengesahkan penahanan Chinmayan kepada Reuters, namun enggan memberi ulasan mengenai bentuk tuduhan.

Pooja Singh berkata beliau telah dihalang oleh polis untuk bertemu Chinmayanand. Om Singh, peguam kedua Chinmayanand, berkata beliau juga tidak dapat menemui kliennya dan enggan memberi komen apabila ditanya mengenai tindakan mereka.

“Tidak boleh kata apa-apa pada masa sekarang. Kami sedang membuat permohonan di mahkamah untuk memindahkan beliau ke hospital dari penjara kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot,” kata Om Singh kepada Reuters.

Naveen enggan mengulas apabila ditanya sama ada Chinmayan dan telah dihalang daripada jumpa peguamnya.

Ini penangkapan profil kedua dalam tempoh beberapa tahun ini membabitkan ahli BJP, parti pemerintah nasionalis Hindu kerana didakwa melakukan jenayah seks.

Kes sebelum ini mencetuskan kemarahan dan protes meluas di seluruh negara.

Mangsa, yang namanya tidak boleh didedahkan atas alasan undang-undang, menuduh Chinmayanand, 72, telah merogol dan mengeksploitasi dia secara fizikal, menerusi dalam video Facebook yang dikeluarkan pada 22 Ogos lalu.