Di sebalik kekalutan jerebu, Spotify hasilkan ‘playlist’ khas

Bagi meredakan kekalutan masyarakat Malaysia kerana sekali lagi terpaksa berdepan dengan masalah jerebu yang sangat teruk, Spotify iaitu salah satu platform yang menyediakan muzik mengikut trend terkini telah mengambil inisiatif membuat “playlist” untuk pendengarnya.

Playlist khas yang dinamakan sebagai Hazed & Confused berjaya mendapat perhatian netizen berikutan seleksi lagu yang sangat “tepat” dengan temanya seperti No Air, Harder To Breath dan Lose My Breath serta beberapa lagi termasuklah daripada Ariana Grande – Thank you, Next.

Sehingga kini terdapat 68 lagu dalam playlist tersebut.

Jadi tidak hairanlah playlist yang baru sahaja dihasilkan Spotify ini sudahpun menerima hampir 9,000 pengikut.

Untuk pengetahuan sebelum ini Spotify juga pernah mengeluarkan “playlist” Led Zeppelin’s daAzed n confused yang turut mendapat perhatian ramai.

Keadaan jerebu yang melanda Malaysia ketika ini sangat membimbangkan apabila majoriti sekolah terpaksa ditutup selama 2 hari bagi kawasan yang mempunyai bacaan sangat tidak sihat iaitu di Selangor, Kuala Lumpur, Sarawak dan Perak serta Negeri Sembilan.

Sudah pasti orang ramai mengharapkan musim jerebu akan cepat reda bagi mengelakkan apa jua masalah kesihatan yang tidak diingini daripada berlaku.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]